Acara Tahun Baru Cina: 5 Tip Untuk Menyediakan Jamuan yang Sukar Dilupakan
|Januari 17, 2023Anda sudah boleh nampak lampu-lampu dan tanglung dan lagu-lagu perayaan mula kedengaran di pasaraya dan pusat membeli-belah besar. Ya, perayaan Tahun Baru Cina tahunan hampir tiba menemui anda semua. Makan malam besar adalah acara terpenting Tahun Baru Cina, di mana ahli-ahli keluarga akan berkumpul untuk makan bersama dan berkongsi kisah-kisah terkini. Ahli keluarga yang dekat mahupun jauh akan pulang ke kampung untuk menikmati hidangan bersama-sama.
Keluarga-keluarga biasanya akan makan malam besar di rumah, di mana kita harus bersiap sedia untuk sambutan yang lancar dan meriah sepanjang sambutan Tahun Baru Cina. Ada pelbagai perkara untuk dilakukan dari mengemas rumah sehingga mempersiapkan diri untuk sambutan ini.
Jadi, kami sediakan 5 tip ringkas untuk merancang dan menyediakan makan malam yang ahli keluarga anda pasti ingati dan hargai.
1. Memulakan Persediaan Makan Malam Besar
Perancangan adalah bahagian yang paling menarik dalam mengaturkan sesi makan malam besar bersama ahli keluarga yang dinanti-nantikan. Makanan adalah penyebab terbesar dan paling penting dalam menyambut perayaan ini. Pilihan terbaik untuk Tahun Baru Cina adalah makan malam dengan 8 hidangan. Anda boleh pelbagaikan hidangan dari ikan, ayam, ladu, popia, kuih pulut, mee, tangyuan, dan buah-buahan.
Terdapat macam-macam resepi lazat yang boleh didapati dari majalah, buku masakan, dan rancangan TV. Tetapi, dengan kemajuan teknologi, anda juga boleh menjumpai resepi di internet yang boleh disimpan sahaja dalam telefon pintar anda.
Adalah baik untuk perhatikan hidangan yang disukai ramai dan pastikan anda ada kesemua bahan-bahan beberapa hari sebelum acara utama. Menu seharusnya meliputi beberapa hidangan memakmurkan untuk kekayaan, kejayaan dan nasib baik keluarga anda. Jangan lupa beli perencah Kiub Pati Ayam Knorr dan Knorr Pasti Sedap untuk meningkatkan kelazatan hidangan dan juga mudah untuk digunakan.
2. Menyediakan Senarai dan Bermula
Untuk mulakan penyediaan, senaraikan semua bahan yang diperlukan, sebaiknya dalam telefon bimbit atau buku nota anda, dan sediakan semua bahan-bahan beberapa hari sebelum makan malam kerana semua pasaraya-pasaraya pasti sesak seminggu sebelum Tahun Baru Cina. Senarai anda patut dipenuhi makanan dan hiasan. Senarai anda seharusnya meliputi barangan untuk makan malam bersama, hiasan kertas, bunga, angpau merah untuk diberikan dan mereka bentuk dulang kebersamaan untuk para tetamu. Berdasarkan menu dan jumlah tetamu, anda boleh menyusun meja dengan set lengkap pinggang, pisau, garfu dan cawan. Minuman yang seharusnya dihidangkan sejuk sepatutnya disimpan di dalam peti ais sehari sebelum makan malam, dan anda digalakkan untuk menyediakan ais yang mencukupi untuk tetamu yang inginkan minuman sejuk.
3. Siapkan Segalanya dan Bersedia untuk Memukau Semua dengan Kemahiran Memasak Anda
Paling terbaik, jika anda menyediakan senarai persiapan beberapa hari sebelum makan malam berlangsung. Sediakan senarai hidangan, dan kumpulkan kelengkapan dan bahan. Juga disyorkan untuk membasuh, memotong dan menyukat semua bahan mentah untuk memasak hidangan utama makan malam. Daging dan ikan seharusnya dicuci dan dibekukan, sementara sayur dibasuh dan disimpan pada suhu 4C.
Paling penting, hidangan yang memerlukan perapan semalaman sepatutnya disiapkan pada malam sebelum acara makan malam. Pada siang harinya, anda harus rancang masakan anda berdasarkan menu. Hidangan yang mengambil masa yang lama untuk disiapkan, seperti sup, “stew” atau hidangan yang direneh harus disediakan dahulu, diikuti dengan hidangan yang tidak mengambil masa yang lama. Manisan atau kuih-kuih yang perlu dibakar adalah hidangan terakhir yang patut disediakan.
Adalah disyorkan untuk menyerta beberapa hidangan kegemaran ramai untuk makan makan Tahun Baru anda, seperti ladu ayam, ayam bijan bakar, bot udang naga, dan “stew” tulang merah. Tambahkan kelazatan hidangan anda dengan menggunakan Hellman’s Roasted Sesame untuk memerap ayam dan kiub Knorr untuk menaikkan rasa. Jangan lupa, pastikan sudu sentiasa di sisi untuk merasai masakan sepanjang tempoh memasak.
4. Menghidangkan Hidangan Hangat untuk Rasa yang Lazat
Hidangan yang hangat dinikmati ramai. Oleh itu, kami cadangkan anda untuk panaskan ketuhar atau “grill”. Makanan harus dipanaskan semula sehingga ia mengukus panas dan disajikan dengan segera. Tambahan, pinggang dan mangkuk boleh diletakkan di dalam ketuhar pada 40 darjah Celsius, supaya ia turut hangat ketika hidangan utama disajikan.
Makanan boleh dikacau semasa dipanaskan untuk memastikan kehangatan sekata. Untuk sup pula, cara terbaik adalah memanaskannya di dalam periuk di atas dapur api berbanding ketuhar. Tip lain: periuk dengan penutup bagus untuk memastikan hidangan kekal panas selepas dihidang.
5. Nikmati Pemanis Mulut dengan Biskut Lazat dan Teh
Inilah bahagian termanis ketika makan malam besar anda. “Tart” nenas dan biskut bebola bijan adalah beberapa pilihan tradisional untuk sambutan Tahun Baru Cina. Namun, kalau anda ingin menyuntik sentuhan moden, kek cawan berunsurkan buah oren dan cheeskut mentega kacang juga merupakan pilihan yang baik. Untuk rasa yang lebih lazat, anda boleh menambah Hellman’s atau Lady’s Choice. Biskut juga sedap dinikmati dengan air teh, jadi anda boleh menyediakan teh limau atau teh asam boi. Teh Hijau juga pilihan yang menyegarkan untuk sambutan tahun ini.
Kami berharap panduan langkah-demi-langkah menyediakan makan malam terbesar untuk Tahun Baru Cina ini mampu membantu anda menyediakan perayaan yang sempurna untuk seluruh keluarga anda. Semoga anda berjaya di dalam dapur. Semoga Tahun Arnab menganugerahkan anda kesihatan, kegembiraan, dan kekayaan. Gong Xi Fa Cai!