Cara Memanjakan Diri di Rumah - Nak Makan Apa?

Cara Memanjakan Diri di Rumah

Simpan ke kegemaran anda

Nak Makan Apa|Mei 28, 2020

Siapa yang tak sibuk pada zaman sekarang? Kita dan juga semua orang yang kita kenal pasti sibuk mengatur pelbagai urusan saban hari. Apa taknya, ada hal pejabat, hal rumahtangga, hal sosial, dan banyak lagi. Kita sangat sibuk sehinggakan terlupa hal yang paling penting sekali: diri sendiri.

Menjaga diri sendiri, atau lebih dikenali sebagai konsep self-care, makin popular di kalangan ramai. Sering sahaja terlihat self-care terpapar di media sosial dan majalah. Tapi apakah sebenarnya self-care ini?

Self-care ialah aktiviti yang kita lakukan untuk menjaga kesihatan mental, emosi, dan badan kita. Penting sekali, self-care dilakukan secara sengaja — ini bermaksud yang kita harus mengambil masa dari jadual sibuk kita untuk aktiviti-aktiviti ini.

Jika kita tidak menjaga diri sendiri, kita tidak akan dapat menjaga hal lain dengan sempurna. Kalau kita penat, bagaimanakah kita boleh bekerja dengan cekap? Kalau kita tertekan, bagaimanakah kita boleh meluangkan masa bersama keluarga dengan senang hati?

Ini bermaksud yang konsep self-care ini penting untuk semua orang, bukan sahaja orang yang berduit! Banyak yang dapat anda lakukan untuk menjaga kesihatan diri sendiri secara holistik, dan kebanyakan aktiviti-aktiviti ini langsung tidak memakan kos yang tinggi.

 

Antara aktiviti self-care yang boleh anda lakukan:

1. Mematikan telefon bimbit

Pernahkah anda ingin berehat tetapi telefon anda tidak habis-habis berbunyi dengan notifikasi dan mesej? Ada penyelesaian yang mudah: matikan sahaja telefon anda!

Sesetengah pakar psikologi telah berkata yang bunyi notifikasi boleh meningkatkan tahap tekanan badan. Jika anda mahu berehat, berehatlah tanpa teknologi. Bacalah buku, masaklah resepi baru, atau bermainlah dengan kucing anda.

2. Mendengar muzik kegemaran anda

Muzik adalah cara yang paling cepat dan mudah untuk mengurangkan tekanan dan berasa lebih tenang. Ada orang yang mahu mendengar muzik rock bergegar supaya mereka boleh bernyanyi dengan kuat. Ada pula orang yang mahu mendengar muzik orkestra klasikal seperti Mozart atau Beethoven.

Apa sahaja muzik yang anda gemari, anda pasti akan lebih senang hati dan tersenyum selepas mendengarnya.

3. Nikmati secawan Matcha Green Tea Latte

Kadang-kadang, anda hanya memerlukan secawan minuman yang enak dan menenangkan. Manjakan diri anda dengan secawan Lipton Matcha Green Tea Latte, dan anda boleh rasakan tekanan anda mengurang.

Lipton Matcha Green Tea Latte diperbuat daripada 100% matcha dari negara Jepun, dan dicampur dengan susu enak berkrim. Selepas bekerja keras sepanjang hari, apa lagi yang anda perlukan?

 

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.