Lepak di rumah, macam lepak mamak - Nak Makan Apa?

Lepak di rumah, macam lepak mamak

Simpan ke kegemaran anda

Nak Makan Apa|Mei 28, 2020

Terdapat pelbagai bangsa dan budaya yang sudah lama bertapak di Malaysia. Tidak kira sama ada Melayu, India, Cina, Serani, Punjabi, Dusun, Iban, atau mana-mana lagi bangsa dan budaya di negara ini, kita semua bangga kerana kita boleh hidup dengan harmoni, tidak kisahlah apa juga latar belakang setiap individu.

Sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia, marilah kita bercerita tentang sebuah unsur budaya teramat unik, yang hanya didapati di Malaysia: budaya lepak mamak!

Siapa yang tak tahu tentang budaya lepak di mamak? Dari usia muda, kita sudah biasa menikmati pelbagai hidangan enak dan murah dari kaum India Muslim, atau mamak. Kebanyakan kedai mamak juga buka untuk 24 jam setiap hari, dan boleh dijumpai di mana-mana sahaja seperti kawasan perumahan ataupun di tengah-tengah bandar.

Faktor-faktor inilah sebab kedai mamak menjadi sebuah tempat yang sangat sesuai untuk pelbagai situasi. Anda boleh makan tengahari dengan cepat, bermesyuarat ringkas pada waktu petang, melepak dengan kawan pada lewat malam, bersarapan dengan keluarga pada hujung minggu — apa sahaja, pada bila-bila masa.

Apakah hidangan klasik yang dihidangkan apabila kita lepak mamak? Nasi biryani, tandoori ayam, dan mee goreng selalu terdapat di mana-mana kedai mamak. Pilihan yang paling popular semestinya roti canai dan teh tarik!

Teh tarik merupakan minuman yang disukai ramai, dan sering dipesan terutamanya apabila kita melepak bersama kawan-kawan. Sekarang, anda boleh membawa pengalaman melepak di kedai ke rumah sendiri, dengan Kaw Label oleh Lipton.

 

Cubalah resepi mudah di bawah, supaya anda boleh menikmati minuman enak ini bersama kawan-kawan dan ahli keluarga.

  • Letakkan 3 uncang Lipton Extra Kaw ke dalam teko atau cerek air.
  • Tuangkan air panas ke dalam teko tersebut dan biarkan selama 3-4 minit. Kacau sekali-sekala dengan perlahan.
  • Keluarkan uncang daripada teko dan masukkan 6 sudu besar susu pekat F&N Bervitamin.
  • Kacau sehingga sebati.
  • Tuangkan Teh Tarik Lipton Extra Kaw dan hidang!
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.