Padanan minuman menarik buat high tea menu raya anda - Nak Makan Apa?

Padanan minuman menarik buat high tea menu raya anda

Save to your favorites

Nak Makan Apa|April 16, 2021

Sambutan hari raya kian datang dan mulalah undang – mengundang tetamu ke rumah. Waktu high tea terutama sekali amat popular dikalangan masa sekarang. Ini kerana high tea menu adalah lebih versatile dan unik. Selain menyediakan makanan tradisional raya, ramai juga sekarang yang menghidangkan kelainan dan keistimewaan. Makanan western, seperti pai, pasta dan cake ataupun makanan Arab, seperti kebab, roti, hummus dan Baklava, kini menjadi trend yang sering dilihat di kalangan rumah terbuka. Kebanyakkan makanan ini juga sesuai bagi waktu high tea kerana ia tidak terlalu berat, mudah di jadikan finger food dan paling penting, enak dan impressive untuk dihidangkan.

 

Sesuatu yang sering terlepas pandang adalah padanan minuman dalam high tea menu tersebut. Oleh kerana ini adalah hidangan high tea, tanpa teh, ia seolah – olah kehilangan sesuatu. Minuman teh tidak perlu kosong ataupun hanya dihidangkan panas – panas. Terdapat pelbagai resepi teh yang boleh dipadankan dengan high tea menu anda.

 

Teh Tarik Cendol

High Tea Menu Raya Teh Tarik Cendol
Teh Tarik Cendol bukan sahaja minuman klasik tetapi amat digemari ramai.

Menyambut keluarga yang ramai? Saudara – saudari bersama anak – anak mereka akan mengunjung rumah? Menyediakan hidangan yang berkuantiti besar dan mudah di buat adalah idea yang bernas. Bihun goreng, karipap dan kuih – kuih tempatan selalunya mudah disediakan dan senang diterima oleh semua peringkat umur.

 

Bagi padanan teh anda, resepi Teh Tarik Cendol ini pasti menjadi pujaan. Dengan rasa teh yang kaw dan amat mudah untuk dibuat dalam kuantiti yang lebih banyak, ia sesuai di padanankan dengan hidangan high tea ini. Lagi – lagi waktu panas di petang hari, ia bukan sahaja enak tetapi juga menyegarkan. Bagi menceriakan lagi suasana, terutama sekali di kalangan ramai anak – anak kecil, sudukan kedalam cawan mereka ice cream vanilla yang pasti meninggalkan memori indah untuk sambutan raya di rumah anda tahun ini.

 

Teh Boba

High Tea Menu Raya Teh Boba
Sediakanlah Teh Boba buat tetamu anda yang pasti menjadi pujaan ramai.

Bagaimana pula untuk menyambut rakan – rakan akrab anda? Your favourite girls. Sudah tentu high tea menu yang lebih menyeronokkan seperti dessert dan finger food menjadi sambutan. Sandwic ringan, aneka pastry, cream puffs dan potongan kek kecil – kecilan cantik apabila di hidang dan didekorasikan atas meja. Untuk menyerlahkan lagi kreativiti anda, finger food seperti sushi juga menarik dibuat dan enak dimakan. Memandangkan ia adalah sambutan hari raya, topping sushi anda tidaklah hanya tertakluk pada ikan, malah isi rendang daging atau ayam juga boleh digunakan.

 

Untuk padanan teh bagi petang yang meriah seperti ini, resepi Teh Boba pasti lagi menambah kegembiraan bersama. Ya, teh boba boleh di buat sendiri di rumah dan tidak perlu pergi kekedai apabila anda mengidam. Apatah lagi, bila dibuat sendiri, sukatan gula dan boba juga lebih terkawal. Dengan padanan teh ini bukan sahaja rumah terbuka anda luar biasa tetapi juga in trend!

 

Teh Tarik Madu dengan Kunyit

High Tea Menu Raya Teh Tarik Madu Kunyit
Hidangkan kelainan dengan Teh Tarik Madu dengan Kunyit yang sesuai bagi tetamu beristirehat selepas sehari beraya.

Apakah pula padanan teh terbaik bagi menyambut tetamu yang sudah penat beraya satu hari dan kini mengunjung rumah anda di waktu petang? Makanan – makanan ringan, tidak berat dan tidak sukar di sediakan mungkin paling sesuai. Seperti mana selalunya kami beraya, high tea menu anda boleh terdiri daripada hanya biskut – biskut raya, fruit cake ataupun gorengan mudah seperti cucur dan keropok lekor. Setelah menjamah banyak juadah raya buat hari itu, tetamu anda mungkin sudah penuh terisi.

 

Di situasi seperti ini, menyediakan minuman teh yang panas dan kaw seperti teh tarik tentu menjadi tuntutan ramai. Kagumkan lagi tetamu anda dengan resepi Teh Tarik Madu dengan Kunyit ini yang unik, sedap lagi menenangkan. High tea menu ini mungkin biasa dan tidak mempunyai banyak keistimewaan tapi resepi teh tarik itu pasti tidak dapat dilupakan oleh tetamu anda.

 

Musim raya tidak dapat dinafikan meriahnya dengan banyak menziarah keluarga dan rakan – rakan, juga menikmati banyak hidangan yang berlainan. Walaupun seronok dapat menghadiri dan mengacarakan rumah terbuka, ingat untuk jaga pemakanan dan kesihatan anda. Selamat Hari Raya!

Post saved to your favorites.
Post removed from favorites.