Peperiksaan Hampir Tiba, Sarapan dan Snek Harus Sedia! - Nak Makan Apa?

Peperiksaan Hampir Tiba, Sarapan dan Snek Harus Sedia!

Simpan ke kegemaran anda

Nak Makan Apa|Jun 18, 2019 Decorative Image

Pejam, celik, pejam, celik, tiba-tiba dah bulan Jun. Cepat sungguh masa berlalu! Anak anda baru sahaja pulang ke sekolah selepas cuti pertengahan tahun. Sekarang bermulalah persediaan mereka untuk peperiksaan yang semakin berat dan penting di sekolah.

Bagaimanakah anda boleh membantu mereka untuk bersedia untuk peperiksaan sekolah? Selain daripada meneman mereka mengulangkaji dan menghadkan masa skrin, anda juga mempunyai tanggungjawab yang paling penting: menjaga nutrisi pemakanan mereka.

Selalunya, apabila mengulangkaji untuk peperiksaan, ramai murid mahu makan makanan yang senang dicapai dan cepat dimakan. Tetapi, pilihan makanan mereka seringkali mengandungi zat yang rendah, dan tidak menyumbang kepada kesihatan fizikal dan mental mereka.

Kebanyakan makanan snek dan sarapan di pasaran tinggi dalam garam, gula, karbohidrat ringkas, dan pelbagai bahan tiruan. Makanan ini memang akan memberi tenaga yang segera kepada anak anda! Akan tetapi, tahap tenaga mereka akan menjunam dengan cepat selepas seketika dan anak anda akan merasa letih dan lesu dengan cepat.

Apa yang anak anda perlukan ialah sumber tenaga yang berzat tinggi, boleh memberi tenaga secara berterusan, dan paling penting untuk mereka, tetap enak! Apabila anak anda mengikuti amalan pemakanan yang betul, tenaga dan fokus mereka akan meningkat. Ini membolehkan mereka mengulangkaji dan seterusnya menghadapi peperiksaan sebaik yang mungkin.

Cubalah resepi-resepi di bawah untuk memberikan anak anda zat, tenaga, dan fokus yang mereka perlukan untuk musim peperiksaan ini!

 

Sarapan: Gulungan Roti Tuna Mayo

Resepi ini tidak memerlukan masa yang lama untuk disediakan. Gulungan Roti Tuna Mayo boleh dimakan di meja dapur rumah sebelum ke sekolah, ataupun secara “on-the-go” jika anda sekeluarga sentiasa harus bergegas pada waktu pagi.

Resipi Gulungan Roti Tuna Mayo
Gulungan Roti Tuna Mayo yang rangup di luar, lembut di dalam. (Photo: NMA)

Lady’s Choice Mayonis Sebenar mengandungi minyak kacang soya yang kaya dengan lemak tidak tepu, termasuk Omega 3 (ALA) yang dapat membantu penyerapan vitamin larut lemak. Apabila digabung dengan bahan-bahan lain seperti tuna dan roti, resepi ini mengandungi zat vitamin, protein, dan karbohidrat yang seimbang untuk memastikan anak anda memulakan harinya dengan sihat.

Sarapan: Telur Dadar Mayo Ayam

Telur Dadar Mayo Ayam Lady's Choice memberi kekenyangan dan tenaga berterusan kepada anak yang membantu mereka untuk bersedia untuk peperiksaan sekolah.
Telur Dadar Mayo Ayam Lady’s Choice. (Photo: NMA)

Satu lagi cadangan sarapan yang cukup enak ialah Telur Dadar Mayo Ayam. Semua orang memang biasa menikmati hidangan telur pada waktu pagi, tidak kira sama ada direbus, digoreng, ataupun setengah masak. Telur dadar boleh memberi kekenyangan dan tenaga berterusan kepada anak anda apabila mereka di sekolah. Tambahkan Lady’s Choice Mayonis Sebenar, ham ayam, dan pelbagai sayuran dicincang ke dalam telur dadar untuk sarapan yang seimbang.

Snek: Roti Bakar Buah Alpukat dan Cendawan

Resipi Roti Bakar Buah Alpukat dan Cendawan
Roti Bakar Buah Alpukat dan Cendawan. (Photo: NMA)

Siapa yang tak suka buah alpukat? Rasanya yang lemak dan enak pasti akan memikat citarasa anak anda dan rakan-rakan mereka apabila mereka mengulangkaji pelajaran bersama-sama. Padankan buah alpukat dengan Lady’s Choice Mayonis Sebenar, cendawan savuri, dan roti bakar rangup untuk snek petang Roti Bakar Buah Alpukat dan Cendawan yang enak lagi berkhasiat.

 

Decorative Image
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.