Snek sihat untuk kanak-kanak semasa road trip - Nak Makan Apa?

Snek sihat untuk kanak-kanak semasa road trip

Simpan ke kegemaran anda

Nak Makan Apa|Disember 6, 2019

Pejam, celik, hampir setahun sudah berlalu dan cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi. Sudah pasti anda telah merancang pelbagai aktiviti menarik untuk anda sekeluarga, bukan? Antara aktiviti cuti sekolah yang paling popular adalah road trip!

Road trip merupakan cara yang paling bagus untuk menikmati keindahan negara tercinta kita. Kita dapat melihat pemandangan indah, melawat destinasi menarik, dan mencuba pelbagai jenis makanan. Kita juga dapat mengambil masa mengikut jadual sendiri, dan juga memuatkan aktiviti sesuai mengikut kemampuan keluarga.

Sebelum anda bertolak untuk road trip keluarga anda, ingatlah untuk bersiap sedia sebaik mungkin. Anak-anak sering sekali bosan di dalam kereta semasa perjalanan jauh, dan selalunya apabila bosan, masa itu jugalah mereka ingin menguyah snek.

Memang senang untuk berhenti di stesen minyak atau kawasan rehat dan membeli snek seperti coklat dan kerepek kentang. Tetapi snek seperti ini penuh dengan ramuan tidak berkhasiat seperti gula dan garam yang berlebihan. Anda memang sering menjaga makanan anak-anak anda — kenapa tidak semasa bercuti?

Kalau anda merancang sedikit sebelum memulakan perjalanan, anda boleh membawa bekalan snek yang enak dan berkhasiat untuk seisi keluarga. Ingat, sediakan makanan yang mudah dimakan di dalam kereta supaya tidak senang tumpah, dan bawa minuman air kosong yang secukupnya.

Inilah cadangan kami untuk snek road trip keluarga anda:

Sandwich Buah-buahan

Sandwich Buah Buahan
Sandwich Buah Buahan (Photo: NMA)

Buah-buahan merupakan snek enak semulajadi yang penuh dengan vitamin. Tetapi kadang-kadang anak kecil tidak terlalu suka memakan buah-buahan begitu sahaja sebagai snek. Cuba campurkan sedikit Lady’s Choice Mayonis Sebenar dengan buah-buahan segar yang dipotong, dan gunakannya sebagai inti sandwich. Tekstur dan rasa yang berbeza boleh menarik minat anak-anak anda untuk menikmatinya.

Wrap Ayam Gril

Wrap Ayam Grill
Wrap Ayam Grill (Photo: NMA)

Anda hanya memerlukan 45 minit untuk menyediakan snek berkhasiat ini. Dada ayam kadangkala berasa terlalu kering jika dimakan begitu sahaja. Cuba perapkannya dengan mayonis supaya daging ayam kekal empuk dan lembut apabila dibakar. Tambah juga Lady’s Choice Mayonis Sebenar di atas roti tortilla untuk rasa yang lebih enak.

Karipap Inti Sardin Mayo

Karipap Inti Sardin Mayo
Karipap Inti Sardin Mayo (Photo: NMA)

Kanak-kanak mana yang tidak sukakan karipap? Karipap tidak semestinya makanan yang dianggap sihat. Tetapi jika anda membuatnya sendiri, anda boleh mengambil beberapa langkah untuk memastikan karipap anda lebih berkhasiat daripada karipap yang dibeli di luar. Anda boleh mengisi lebih sayuran ke dalam intinya, dan anda boleh menggunakan minyak baru untuk menggorengkannya — kebanyakan gerai di luar menggunakan minyak yang telah dipakai beberapa kali! Anda juga boleh cuba untuk memasaknya di dalam ketuhar untuk mengurangkan lagi minyak yang digunakan.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.