Strategi Sarapan Sihat dan Sempurna

Sarapan dengan nasi lemak

Secara lazimnya, kita memerlukan nutrisi yang secukupnya untuk menjalankan aktiviti seharian dengan sempurna. Di samping itu, kita perlu juga pastikan pengambilan air yang secukupnya sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong setiap hari bermula ketika sarapan. Jika tidak, kehilangan air sepanjang hari akan menyebabkan dehidrasi yang boleh mendatangkan masalah lain seperti kelesuan, pening kepala atau kurang tumpuan semasa menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu, waktu sarapan mesti dimanfaatkan dengan sepenuhnya supaya setiap ahli keluarga mendapat persediaan yang diperlukan bagi meneruskan aktiviti secara lancar sepanjang hari.

Namun, penyediaan hidangan sarapan mestilah berpada-pada dan tidak keterlaluan. Ibu-ibu boleh merujuk kepada piramid makanan untuk memastikan pengambilan nutrien yang seimbang buat seisi keluarga.

Anda juga boleh mangambil panduan daripada resipi menarik Lady’s Choice Mayonis Sebenar bagi persiapan sarapan yang serba lengkap untuk dinikmati bersama-sama keluarga. Dalam menyediakan hidangan yang sihat dan lazat, tips–tips berikut dapat membantu menyempurnakan juadah penuh khasiat.

Piramid Makanan Malaysia menyatakan jumlah sajian yang disarankan untuk strategi sarapan yang sihat. (Photo: Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia 2010)

 

Utamakan Protein

Agar tubuh lebih mudah menahan rasa lapar, pastikan hidangan sarapan cukup padat dengan protein. Dengan padanan ham ayam dan cendawan, Telur dan Kentang Panggang atau Telur Dadar Mayo Ayam Lady’s Choice bukan sahaja dapat membekalkan badan dengan khasiat-khasiat penting tetapi menu pilihan ini juga lazat dimakan begitu sahaja ataupun dihidang bersama masakan lain.

Telur dan Kentang Panggang. (Photo: NMA)

Biar Ringkas dan Mudah

Bagi ibu-ibu yang dikekang oleh faktor masa, anda bolehlah memilih menu ringkas yang mempunyai proses penyediaan mudah. Hidangan seperti Macaroni Masak Ikan Sardin dan Kicap Manis Mayonis hanya mengambil masa 10 minit untuk disediakan, cukup sesuai bagi mereka yang tergesa-gesa pada waktu pagi.

Macaroni Masak Ikan Sardin dan Kicap Manis Mayonis (Photo: NMA)
Exit mobile version