Teh Hijau, Teman Keseimbangan Fizikal dan Minda - Nak Makan Apa?

Teh Hijau, Teman Keseimbangan Fizikal dan Minda

Simpan ke kegemaran anda

Nak Makan Apa|Mei 23, 2019

Kebanyakan golongan bekerjaya pada hari ni kerap kali sibuk dengan pelbagai tanggungjawab, bukan sahaja dalam mengejar kejayaan di tempat kerja malah juga dalam urusan rumah tangga. Ketika asyik menempuh cabaran-cabaran ini, mereka sering kali mengabaikan penjagaan dan kesihatan diri.

Walaupun sesetengah daripada kita mempunyai rutin aktiviti kegemaran bagi menjaga kesihatan fizikal, kita perlu beringat bahawa minda and emosi juga perlu dijaga.  

Bagi memastikan keseimbangan secara menyeluruh, anda boleh amalkan pengambilan minuman yang membantu mengurangkan tekanan dan pada masa yang sama mampu membuang kandungan toksin secara semula jadi.

Salah satu cara mudah untuk berbuat demikian adalah dengan meminum teh hijau.

 

Lipton Green Tea
Lipton Teh Hijau, kaya dengan pelbagai nutrien dan anti-oksidan semula jadi. (Photo: NMA)

Ia cukup kaya dengan pelbagai nutrien dan anti-oksidan semula jadi seperti Flavonoid yang baik untuk tubuh dan minda. Teh ini juga telah menjalani pemprosesan yang minimum, membolehkan ia mengekalkan kebanyakan zat dan ciri-ciri semula jadinya. Setiap 200ml Teh hijau dianggarkan mengandungi kira-kira 270mg Flavonoid yang bermanfaat untuk fizikal dan mental anda.

Selain itu, teh hijau mempunyai L-theanine, satu asid amino yang mempunyai keupayaan untuk menenangkan badan dan minda. Faktor ini boleh membantu kita dalam mengurangkan tekanan dan kebimbangan, oleh itu mencapai kesimbangan dalaman dan luaran.

Tambahan pula, minuman ini membantu merendahkan paras kolesterol, mengurangkan tekanan darah tinggi dan juga meningkatkan sistem ketahanan tubuh.

Ambillah tiga hingga lima cawan sehari untuk memastikan usus dan perut anda bersih daripada toksin.

Kesihatan dalaman adalah sangat penting bagi memastikan keterampilan anda seharian. Amalan pembersihan usus dan perut ini bukan sahaja akan menyebabkan anda kelihatan dan berasa lebih sihat, tetapi ia juga pasti akan memberi kesan positif kepada cara anda membawa diri dan menjalani kehidupan.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.