Tips untuk Menjadi Fit dengan Bajet Rendah - Nak Makan Apa?

Tips untuk Menjadi Fit dengan Bajet Rendah

Simpan ke kegemaran anda

Nak Makan Apa|Mei 28, 2020

Memang susah untuk hidup seimbang pada zaman moden ini. Kita semua sering diingatkan untuk bekerja keras, menolong keluarga, mengekalkan persahabatan, menjaga rohani, dan macam-macam lagi. Tapi hanya ada 24 jam dalam sehari! Bagaimanakah kita akan lakukan kesemuanya dengan cekap?

Apa yang kita tahu adalah kita tak akan dapat buat apa-apa sekalipun jika kita tidak menjaga kesihatan tubuh badan kita. Dalam penat lelah mengejar impian, kita selalu lupa untuk mengikut gaya hidup sihat. Apabila badan kita jatuh sakit, semua aspek kehidupan kita akan terhenti sehingga kita sembuh semula. Ya, memang semua orang akan sakit dari masa ke masa. Tapi kita boleh mengurangkan kekerapannya dan kita juga boleh mempercepatkan proses penyembuhan badan kita.

Malangnya, kebanyakan nasihat kesihatan yang terpapar di media ternyata terlalu mahal untuk ramai orang biasa. Kita semua tidak selalu mampu makan salad atau bijirin “superfood” setiap hari. Keahlian gim bukannya murah. Apakah yang boleh kita lakukan?

 

Cara-cara untuk sihat dengan mudah dan murah

Mengekalkan gaya hidup sihat tak semestinya rumit dan mahal. Anda hanya perlu selalu sedar dan prihatin akan kebiasaan harian anda supaya anda boleh mengubahsuai rutin anda.

1. Kurangkan makan dan minum di luar

Kami tahu, memang senang untuk makan di luar, terutamanya di Malaysia kerana gerai yang banyak dan harga yang murah. Tetapi apabila makan dan minum di luar, anda tidak tahu apa ramuan yang terkandung dalam apa yang dihidangkan. Minuman selalunya terlalu manis, dan makanan selalunya terlalu berminyak dan masin.Belajar masak resepi-resepi yang mudah supaya anda boleh makan dengan sihat di rumah. Padankan hidangan yang dimasak sendiri dengan Teh Hijau Lipton. Ini akan menghidratkan badan anda dengan cukup. Antara manfaat green tea adalah ia juga tidak diproses secara berlebihan, dan ini mengekalkan kebanyakan khasiat semulajadinya.

2. Bersenam

Inilah tip penting yang seringkali ditinggalkan. Ada sahaja alasan — tak ada masa, keahlian gim mahal. Tapi sebenarnya senang sahaja! Di Internet terdapat banyak video senaman percuma yang dapat diikuti di rumah, dan kebanyakan senaman tidak lebih daripada 20 minit setiap sesi. Kalau anda selalu menonton TV apabila pulang dari kerja, cubalah bersenam sekali. Anda boleh berhibur dan bersenam sekaligus.Sebelum bersenam, minumlah secawan teh hijau. Teh hijau dapat meningkatkan kadar metabolisme badan anda, dan ini bermaksud yang badan anda akan membakar lemak dengan lebih cepat sepanjang hari. Menurut sebuah kajian, ekstrak dari teh hijau boleh membantu orang lelaki membakar 17% lebih lemak semasa bersenam kardio untuk 30 minit.

3. Cukup tidur

Banyak kajian telah dijalankan tentang kepentingan tidur untuk kesihatan badan. Tidur yang cukup bukan sahaja memberikan anda lebih tenaga, tetapi juga membantu daya tumpuan dan angin anda. Secawan teh hijau sebelum tidur pula boleh membantu anda berehat dengan lebih lena.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.