Hidangkan Sup Lazat Penuh Nutrisi - Nak Makan Apa?

Hidangkan Sup Lazat Penuh Nutrisi

Simpan ke kegemaran anda

Nak Makan Apa|Mei 23, 2019 Decorative Image

Sup adalah hidangan yang ideal untuk dinikmati seisi keluarga. Tambahan pula, ia sesuai untuk dipadankan dengan pelbagai hidangan tidak kira masa, sama ada dijamu pada waktu pagi, tengahari ataupun malam.

Ramai juga yang memilih sup sebagai pembuka selera. Selain proses masakannya yang mudah, memakan sup yang panas ketika perut kosong berupaya menghangatkan tubuh sekaligus membuang angin di dalam badan.

Jika disediakan dengan betul, hidangan sup merupakan cara terbaik untuk menggalakkan pemakanan sihat buat keluarga anda. Ia mempunyai kalori yang rendah, mampu mengekalkan hidrasi dalam badan, dan mengandungi nutrisi penting yang terkumpul di dalam air rebusannya.

Dalam hal ini, ramai yang beranggapan sup yang sihat sepatutnya tidak mempunyai sebarang rasa atau hambar belaka. Ikuti langkah-langkah mudah ini supaya anda dapat menghidangkan sup yang berkhasiat lagi lazat untuk keluarga anda.

 

1. Pilih ramuan segar

Gunakan bahan-bahan yang segar dan berkualiti daripada sumber yang dipercayai. Dengan menambah ramuan seperti sayuran, ayam dan daging ke dalam sup, hidangan anda bakal membekalkan zat-zat penting dengan setiap suapan.

 

Misalnya, Sup Ayam dengan Cendawan Tiram. Cendawan tiram bukan sahaja mempunyai kandungan kalori yang sangat rendah, malah ia juga merupakan sumber protein, fiber, kalsium, dan vitamin yang berguna.

Sup Ayam dengan Cendawan Tiram
Sup Ayam dengan Cendawan Tiram. (Photo: NMA)

 

2. Perkayakan rasa dengan perencah asli

Utamakan pilihan yang lebih sihat sebagai perencah sup. Kiub pati ayam Knorr adalah perencah perasa yang serbaguna untuk membangkitkan rasa dan aroma sup anda dengan tiada MSG tambahan.

Diperbuat daripada ayam sebenar dan aneka rempah ratus, kiub ini memudahkan penyediaan masakan anda dan lebih lagi, ia juga meningkatkan kesedapannya.

 

Decorative Image
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.