Manfaat Earl Grey Tea Untuk Kesihatan Anda - Nak Makan Apa?

Manfaat Earl Grey Tea Untuk Kesihatan Anda

Simpan ke kegemaran anda

Nak Makan Apa|Mei 28, 2020

Ramai sudah tahu akan manfaat teh hijau untuk kesihatan diri. Memang nyata yang teh hijau mengandungi pelbagai kebaikan. Tetapi bagaimana pula dengan teh earl grey?

Jika berbicara tentang manfaatnya, teh earl grey juga boleh setanding dengan teh yang lain. Keunikan teh earl grey terdapat dalam perisa sitrus, yang datang daripada buah bergamot.

Bergamot merupakan sejenis buah seakan limau yang sangat harum dan bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan. Minyak pati kulit buah bergamot adalah komponen penting di dalam teh earl grey. Inilah yang memberi perisa dan aroma yang tersendiri kepada teh lazat dan harum ini.

 

Mari kita lihat apakah kebaikan earl grey tea untuk kesihatan kita!

 

  • Meningkatkan tenaga: Anda mungkin biasa meminum kopi untuk memberikan diri anda tenaga yang mencukupi pada waktu pagi. Tetapi anda tahu tak teh early grey juga dapat memberikan anda tenaga dan juga hidrasi yang mencukupi? Minumlah secawan dua Lipton Earl Grey Milk Tea selepas makan tengah hari untuk mengelakkan rasa mengantuk di siang hari!

 

  • Membantu pencernaan: Pati bergamot yang terdapat di dalam teh earl grey dapat membantu merangsangkan sistem pencernaan badan anda. Kalau anda berasa sakit perut, cuba minum secawan teh earl grey. Teh earl grey boleh menolong perut anda berasa lebih selesa dengan bahan semulajadi, tanpa ubat-ubatan.

 

  • Menghilangkan tekanan: Teh earl grey mengandungi sifat aromaterapi semulajadi yang dihasilkan oleh bergamot. Baunya menenangkan dan juga membantu anda berasa lebih positif. Kalau anda berasa tertekan semasa kerja, minumlah secawan teh earl grey milk tea latte. Hidu baunya yang harum dan enak sambil menghirupnya dengan perlahan. Ahh… minda rasa tenang, kan?

 

  • Membantu menurunkan berat badan: Adakah anda mahu makan dengan lebih sihat? Ataupun mahu menjaga berat badan? Meminum teh earl grey boleh membantu anda! Pati bergamot di dalam teh earl grey boleh meningkatkan pengunaan tenaga di dalam badan anda. Ia juga boleh mengawal proses metabolisme yang dapat membantu dalam penurunan berat badan.

 

  • Mencegah kesakitan: Bergamot dapat meningkatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh membantu badan anda untuk melawan pelbagai jangkitan termasuk virus influenza atau penyakit-penyakit lain. Minumlah secawan teh earl grey untuk merangsangkan keimunan anda!
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.