Petua Cegah Perut Kembung Ketika Berpuasa - Nak Makan Apa?

Petua Cegah Perut Kembung Ketika Berpuasa

Simpan ke kegemaran anda

Nak Makan Apa|Mei 29, 2019

Anda mengalami kembung perut semasa bulan puasa? Kembung perut atau senak berlaku apabila terdapat angin kesan lebihan gas terkumpul di dalam usus yang terhasil semasa menelan makanan atau meminum air.

Masalah angin ini mungkin lebih kerap terjadi semasa berpuasa disebabkan oleh penurunan metabolisme badan akibat tidak makan dan tidak aktif bagi tempoh yang berpanjangan. Ia juga mungkin berpunca daripada pengambilan gula dan makanan berlebihan semasa berbuka puasa.

Tetapi anda tidak perlu risau kerana ada berita baik untuk anda semua yang selalu mengalami senak perut semasa bulan Ramadan. Cegah perut kembung dengan mengamalkan cara pemakanan yang betul. Pertama, elakkan memakan secara gelojoh. Sebaliknya, ambil masa untuk menjamu selera dengan mengunyah makanan dengan teliti dan perlahan. Hadkan juga makanan berminyak dan bergoreng. Yang paling penting adalah bersederhana ketika menikmati juadah.

Anda juga boleh mengamalkan petua ringkas ini untuk memastikan perut anda lega daripada angin sepanjang Ramadan. Buka selera anda dengan menjamah beberapa biji kurma. Kemudian minum secawan Teh O Lipton panas bersama snek ringan seperti biskut untuk mengeluarkan angin yang terkumpul di dalam perut. Teh O panas mempunyai kemampuan untuk melegakan perut berangin sekaligus menggalakkan mikrobiom yang sihat, iaitu komponen penting bagi penghadaman.

 

Teh O Lipton Panas
Minum secawan Teh O Lipton panas untuk memastikan perut anda lega daripada angin sepanjang Ramadan. (Photo: NMA)

 

Anda akan berasa lebih selesa untuk beribadah dan menikmati hidangan yang lebih berat seperti nasi dan lauk selepas solat Maghrib. Kemudian, tunaikan solat Isyak dan sunat tarawih yang juga memainkan peranan sebagai satu akitviti ringan yang memastikan anda aktif dan bergerak selepas makan.

Semasa waktu moreh, nikmati sedikit snek ringan dengan secawan Teh O bagi mencegah perut berangin supaya dapat memastikan tidur anda kekal nyenyak sepanjang malam.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.