Horlicks Rainbow Semperit
- 200 g Mentega
- 120 g Gula
- 1 pcs Telur
- 110 g Tepung
- 195 g Tepung Jagung
- 40 g Tepung Kastad
- 100 g Horlicks
- 5 g Pewarna Merah
- 5 g Pewarna Hijau
- 50 g Cip Coklat
Langkah-langkah
-
Pukul mentega dan gula sehingga sebati. Kemudian, masukkan telur sedikit demi sedikit kedalam adunan.
-
Masukkan kesemua bahan bahan kering dan kacau sehingga rata.
-
Kemudian, bahagikan doh tersebut kepada 3 dan campurkan setiap doh dengan pewarna.
-
Masukkan 3 doh tadi kedalam beg pastri dengan muncung bunga.Paip mengikut saiz ke atas dulang.
-
Letakkan cip coklat di tengah doh yang di paipkan dan bakar pada suhu 170°C selama 18-25 minit.