Wooden Spoon
Purple Onion

Krim Puf Horlicks

  • 120 minit
  • 4 Hidangan
  • Ringkas Mudah
Krim Puf Horlicks
  • 100 g Mentega
  • 250 g Air
  • 5 g Garam
  • 150 g Tepung
  • 30 g Horlicks Original
  • 8 g Serbuk Penaik
  • 3 pcs Telur
  • 2 pcs Telur Kuning
  • 60 g Serbuk Kastad Segera
  • 40 g Horlicks Original
  • 400 ml Susu Segar
  • 250 g Krim Putar
  • 60 g Mentega
  • 30 g Horlicks Original
  • 60 g Gula Perang
  • 60 g Tepung
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Kulit Krim Puff: Didihkan air, masukkan mentega dan garam sekali.

  2. Kemudian masukkan tepung, serbuk horlicks, serbuk penaik dan kacau sebati sehingga menjadi adunan yang kental.

  3. Biarkan adunan tadi sedikit sejuk. Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit, sehingga semuanya sebati.

  4. Masukkan adunan tadi ke dalam bag pastri dengan muncungnya. Paipkan keatas dulang pembakar mengikut saiz yang dikehendaki.

  5. Gunakan jari menyapu sedikit pada adunan supaya kelihatan lebih licin.

  6. Hiasan Atas: Sebatikan mentega, serbuk Horlicks, gula perang dan tepung sehingga menjadi doh. Sejukkan doh dalam 30 minit.

  7. Ratakan doh kepada 2mm ketebalannya dan guna pemotong bulat untuk memotong doh tersebut menjadi kepingan yang nipis.

  8. Letakkan kepingan yang nipis itu di atas kulit krim puff tersebut.

  9. Bakar sehingga 30-35 minit pada suhu 175°C.

  10. Inti Kastad: Campurkan dan kacau serbuk kastad segera, serbuk horlicks dan susu segar sehingga pekat.

  11. Pukul krim putar sehingga separuh kental. Kemudian gaulkan dengan kastad tadi.

  12. Masukkan kastad ke dalam beg pastri. Paipkan ia kedalam kulit krim puff itu.

  13. Sejukkan krim puff tersebut sehingga 1-2 jam sebelum di hidangkan.