Wooden Spoon
Purple Onion

Resepi One Pot Chicken Cheese Pasta

  • 35 minit
  • 4 Hidangan
  • Ringkas Mudah
Resepi One Pot Chicken Cheese Pasta
Mudah dan menyelerakan, cubalah resepi One Pot Chicken Cheese Pasta ini yang sesuai bagi seisi keluarga.
  • 2 sudu besar Minyak masak
  • ½ cawan Bawang Bombay, dicincang
  • 3 ulas Bawang putih, dicincang
  • 2 Daging ayam dada, didadu
  • ½ Knorr Kiub Pati Ayam
  • 1½ cawan Air
  • 2 cawan Pasta penne (belum dimasak)
  • 2 cawan Brokoli, dipotong kuntum kecil dan dicelur
  • 1 Lada Benggala merah, didadu
  • 2 cawan Krim memasak
  • 1 cawan Hirisan keju cheddar
  • Daun ketumbar untuk hiasan
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Panaskan minyak masak di dalam periuk, masukkan bawang Bombay dan tumis hingga wangi. Masukkan bawang putih dan ayam, tumis hingga warna kuning keemasan.

  2. Masukkan Knorr Kiub Pati Ayam, air dan pasta. Panaskkan hingga mendidih dan biar masak hingga pasta masak sepenuhnya.

  3. Masukkan brokoli dan rendahkan api. Masukkan krim dan keju. Gaul hingga sebati dan kauh menjadi pekat.

  4. Hias denga lada Benggala merah dan daun ketumbar. Sedia dihidangkan.

Tips nutrisi

Keju mengandungi kalsium – nutrisi yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat. Gunakan keju yang rendah dalam natrium sebagai pilihan yang lebih sihat. Selain protein, ayam juga mengandungi vitamin seperti Vitamin B and mineral seperti zink. Vitamin B diperlukan bagi membebaskan tenaga daripada karbohidrat, and zink adalah penting untuk pertumbuhan.