Wooden Spoon
Purple Onion

Roti Ayam Goreng Berempah dengan Caesar

  • 15 minit
  • 4 Hidangan
  • Ringkas Mudah
hellmann's
  • 400 g Paha ayam penuh tanpa tulang dan kulit
  • 1 sudu besar Serbuk cili
  • ½ sudu besar Serbuk kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Jintan putih
  • ½ sudu besar Serbuk Jintan manis
  • 20 g Halia, dicincang
  • 20 g Bawang merah, dicincang
  • 20 g Bawang putih, dicincang
  • 4 sudu besar Tepung jagung
  • Secubit garam
  • 2 sudu besar Minyak masak (ikut kesukaan)
  • 8 keping Roti gandum penuh
  • 8 sudu besar Hellmann’s Smoky Caesar
  • 2 cawan Daun salad
  • 1 batang Timun Jepun, dihiris
  • 1 biji Tomato. dihiris
  • Minyak masak untuk menggoreng
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Leperkan paha ayam dengan pemukul dan perap dengan perapan ayam selama 30 minit di dalam peti sejuk.

  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam sehingga masak sepenuhnya. Ketepikan untuk dibiar sejuk.

  3. Untuk menghidang, sapukan sedikit Hellmann’s Smoky Caesar di atas roti. Kemudiannya, letakkan timun dan tomato di atas roti dan diikuti dengan ayam dan daun salad. Akhirnya, taburkan sedikit Hellmann’s Smoky Caesar di atas dan tutup dengan sekeping roti lagi. Potong separuh dan hidangkan serta-merta.