Wanta Mi Kari Bebola Ikan Bilis
- 260 g Daging ayam cincang
- 1 sudu besar Serai, dicincang halus
- 25 g Ikan bilis goreng, ditumbk halus
- 1 biji Kuning telur
- Minyak untuk menggoreng
- 1 kiub Knorr Kiub Pati Ikan Bilis Knorr Kiub Pati Ikan Bilis
- 250 g Ubi kentang Russet, didadu
- 2 cawan Air
- 2 sudu besar Serbuk kari ikan
- 3 tangkai Daun kari
- 60 g Bawang besar, dicincang
- 100 g Tomato, didadu
- 1 cawan Santan rendah lemak
- 3 sudu besar Minyak
- 3 biji Wantan mi kering
- 2 sudu besar Kicap pekat
- 2 sudu besar Kicap cair
- 1 sudu besar Minyak bijan
- 200 g Sawi, dilecur
- Secubit lada sulah
Langkah-langkah
-
Untuk membuat bebola ayam, satukan semua bahan-bahan di dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati. Bentuk menjadi bebola dan goreng sehingga ¾ masak. Ketepikan.
-
Untuk masak kari, panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang besar sehingga wangi. Masukkan ubi kentang dan goreng sehingga berwarna kuning keemasan. Masukkan daun kari, tomato dan serbuk kari ikan. Goreng sehingga wangi dan masukkan air, Knorr Kiub Pati Ikan Bilis dan biar didih sedikit.
-
Masukkan bebola ayam ke dalam kari dan reneh selama 1 minit. Akhir sekali, masukkan santan dan masak sehingga mendidih. Padamkan api.
-
Lecurkan wantan mi di dalam periuk dengan air mendidih, toskan dengan sepenuhnya dan lecur sekali lagi. Keringkan mi dan gaul dengan sos untuk wantan mi sehingga sebati.
-
Untuk menghidang, letakkan wantan mi di atas pinggan, hiaskan dengan sawi dan taburkan kuah kari di atas mi. Hidangkan panas.