Ayam Berlada Sedap - Nak Makan Apa?

Ayam Berlada Sedap

Simpan ke kegemaran anda

40minit
7 Hidangan
Ringkas - Easy
Nak Makan Apa|Mac 21, 2023 Decorative Image

Bahan-bahan

  • ½ ekor ayam (tanpa kulit)
  • 1 biji bawang besar - hiris bulat
  • 2 biji buah tomato - cincang dadu
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar Serbuk Knorr Pasti Sedap Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
  • 1 asam keping
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit

Bahan Kisar Kasar:

  • 10 batang cili merah
  • 5 batang cili padi - bergantung pada citarasa
  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia

Langkah-langkah

1
Ayam dilumur kunyit dan digoreng sehingga separuh atau 3/4 masak. Panaskan minyak dan tumis bahan
tumbuk sehingga terbit minyak.
2
Masukkan tomato cincang, asam keping, gula dan serbuk perasa Knorr Pasti Sedap.
3
Masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak, baru dimasukkan bawang hiris. Sesuaikan rasa.
4

Setelah bawang layu, bolehlah tutup api. Serve with vegetables/salad

Decorative Image
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.