Resipi Ayam Bersalut Dengan Keju Dan Mayonis

35minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy
Ayam Bersalut Dengan Keju Dan Mayonis

Ayam Bersalut Dengan Keju Dan Mayonis. (Photo: NMA)

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Lady's Choice Mayonis Sebenar
  • 10 drumet ayam atau 2 keping daging ayam dada, dihiris besar
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan perap:

  • 2 cm halia, ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu besar jus lemon
  • garam secukup rasa

Bahan salut:

  • 1 telur besar
  • ¾ cawan parutan keju Parmesan
  • 2 cawan serbuk roti
  • garam secukup rasa
  • serbuk lada hitam secukup rasa

Topping

Langkah-langkah

1

Perap ayam dengan bahan perap. Tutup dan ketepikan selama sejam di dalam peti sejuk.

2

Telur dipukul sedikit dan perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.

 

3

Salut ayam dengan keju, celup ke dalam campuran telur dan salut ayam dengan serbuk roti.

 

 

4

Goreng di dalam minyak panas sehingga keemasan.

 

5

Taburkan  Lady’s Choice Mayonis Sebenar di atas ayam.

6

Hidang panas.

Exit mobile version