Resipi Ayam Bersalut Dengan Keju Dan Mayonis - Nak Makan Apa?

Resipi Ayam Bersalut Dengan Keju Dan Mayonis

Simpan ke kegemaran anda

Hidangan resipi ayam yang menarik dan sangat sedap dalam masa yang singkat! Cuma 15 minit untuk persediaan.

35minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy
~450kcal/hidangan*

*Sumber Rujukan Pengiraan Nutrien: USDA, Data Komposisi Makanan Malaysia, Tenaga dan Komposisi Nutrien Makanan Singapura dan Label Produk.

Nak Makan Apa|April 20, 2019 Decorative Image

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Beli dalam talian
Decorative Image
  • 10 drumet ayam atau 2 keping daging ayam dada, dihiris besar
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan perap:

  • 2 cm halia, ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu besar jus lemon
  • garam secukup rasa

Bahan salut:

  • 1 telur besar
  • ¾ cawan parutan keju Parmesan
  • 2 cawan serbuk roti
  • garam secukup rasa
  • serbuk lada hitam secukup rasa

Topping

Langkah-langkah

1

Perap ayam dengan bahan perap. Tutup dan ketepikan selama sejam di dalam peti sejuk.

2

Telur dipukul sedikit dan perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.

 

3

Salut ayam dengan keju, celup ke dalam campuran telur dan salut ayam dengan serbuk roti.

 

 

4

Goreng di dalam minyak panas sehingga keemasan.

 

5

Taburkan  Lady’s Choice Mayonis Sebenar di atas ayam.

6

Hidang panas.

Decorative Image

Tips nutrisi

Ayam dan keju mengandungi protein – nutrisi yang membantu membina and memperbaiki tisu badan. Protein juga penting untuk pertumbuhan dan perkembangan.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.