Ayam Pansuh - Nak Makan Apa?

Ayam Pansuh

Simpan ke kegemaran anda

50minit
3 Hidangan
Ringkas - Easy
Nak Makan Apa|Mei 15, 2021
Decorative Image

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
kiub pati ayam
Knorr Kiub Pati Ayam
Beli dalam talian
Decorative Image

Untuk bahan bahan

  • 4 biji Bawang merah
  • 2 ulas Bawang putih
  • ½ inci halia
  • 4-5 tangkai Cili padi
  • 5 ketul Ayam
  • 2 batang serai
  • 2 tangkai Bunga Kantan
  • Pucuk ubi Kayu
  • Sedikit air
  • Garam secukupnya
Decorative Image

1

Cara penyediaan: 

Tumbukkan bawang merah, bawang putih, sedikit halia dan cili padi sehingga lumat atau boleh dikisar kering. 

2

Sediakan ayam yang dicuci bersih di dalam mangkuk besar dan masukkan kesemua bahan ditumbuk tadi.

3

Masukkan serai yang di ketuk dan gaul rata. Kemudian masukkan Kiub pati Ayam Knorr dan bunga kantan. Kemudian gaul rata lagi.

4

Masukkan bahan tadi kedalam periuk.

5

Masukkan pucuk ubi ke dalam periuk dan sedikit air. Tutup periuk dan biarkan masak selama 30 minit atau lebih.

6

Siap untuk dihidangkan.

Tips nutrisi

  • Ayam mengandungi protein – nutrisi yang penting bagi pertumbuhan dan perkembangan.
  • Masakan ayam tanpa kulit adalah pilihan yang lebih sihat kerana kulit mengandungi lemak yang tepu.
  • Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran dengan hidangkan bersama sayuran hijau seperti sawi, pak choy dan timun.
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.