Ayam Reneh Pedas - Nak Makan Apa?

Ayam Reneh Pedas

Simpan ke kegemaran anda

Isi ayam yang lembut dan enak ini pasti memikat hati seisi keluarga terutamaya raya ini.

50minit
4 Hidangan
Ringkas
~600kcal*

*Sumber Rujukan Pengiraan Nutrien: USDA, Data Komposisi Makanan Malaysia, Tenaga dan Komposisi Nutrien Makanan Singapura dan Label Produk.

Nak Makan Apa|Ogos 13, 2019

Bahan-bahan

  • 600 g ayam, dipotong ketulan besar
  • 2 sudu teh serbuk cili
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 4 tbsp minyak masak
  • 2 bawang Bombay, dipotong baji
  • 3 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 lobak merah, dipotong kecil
  • 2 ubi kentang, dipotong kecil
  • 2 tomato, dibahagi empat
  • 1 lada Benggala merah, dipotong kepingan
  • ½ sudu teh Oregano
  • 2 cawan air + 1 sudu besar tepung jagung
  • Serbuk lada hitam secukup rasa
  • Daun bawang untuk hiasan

Langkah-langkah

1

Perasakan ayam dengan 2 sudu teh Knorr SavorRich Chicken Concentrated Seasoning dan serbuk lada hitam, kemudian salutkan dengan tepung gandum.

 

2

Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.

 

3

Tambah ayam dan goreng sehingga warna keemasan.

 

4

Masukkan bahan-bahan yang lain dan reneh selama 20 minit atau sehingga ayam masak sepenuhnya.

 

5

Hidang dengan nasi.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.