Ayam Sprite - Nak Makan Apa?

Ayam Sprite

Simpan ke kegemaran anda

1jam
4 Hidangan
Ringkas - Easy
Nak Makan Apa|Mei 15, 2021

Bahan-Bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Kiub Pati Ayam
Knorr Kiub Pati Ayam
Beli dalam talian

Untuk bahan bahan

  • (500 gram) ayam
  • (300 ml) Air Sprite
  • ¼ sudu kecil garam
  • Minyak Masak
  • 2 ulas Bawang Putih
  • Lobak Merah
  • Kentang
  • 1 sudu besar Sos tomato
  • 1 sudu besar Sos tiram
  • 2 sudu besar Kicap manis
  • Bawang Holland
  • Tomato
  • Daun bawang

Tips nutrisi

  • Lobak merah adalah tinggi dalam vitamin A. Vitamin A penting untuk fungsi mata serta membantu menjaga kesihatan kulit dan membrane mukus.
  • Tomato mengandungi beberapa nutrient seperti vitamin C. Vitamin C menyumbang bagi penyerapan zat besi dari makanan.

Langkah-Langkah

1

Cara penyediaan: 

Perapkan ayam dengan air sprite. Kemudian masukkan sedikit garam dan serbuk lada hitam dan kiub Pati Ayam Knorr. 

2

Gaulkan bahan perapan dan perapkan selama 30 minit.

3

Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga keperangan. Masukkan hirisan bawang putih, carrot dan kentang sehingga garing.

4

Masukkan air perapan tadi dan biarkan sehingga carrot dan kentang lembut.

5

Masukkan sos tomato, sos tiram dan kicap manis. Masukkan bawang Holland dan kacau sehingga kuah menjadi pekat.

6

Setelah itu, masukkan tomato dan daun bawang.

7

Siap untuk dihidangkan. 

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.