Resipi Banh Mi Ayam Bakar - Nak Makan Apa?

Resipi Banh Mi Ayam Bakar

Simpan ke kegemaran anda

Resepi Banh Mi Ayam Bakar yang lazat lagi mengagumkan untuk hidangan tengahari ataupun malam.

40minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy
590kcal
Nak Makan Apa|Ogos 5, 2020 Decorative Image

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Beli dalam talian
Lady's Choice Sapuan Ayam
Lady's Choice Sapuan Ayam
Beli dalam talian
Decorative Image

Untuk Ayam Bakar (Perap 6 jam sebelum)

  • 2 keping Daging dada ayam
  • 1 sudu besar Sos ikan
  • 3 sudu besar Jus limau
  • 2 sudu besar Gula Melaka
  • 20 g Bawang putih, dicincang
  • 1 batang Serai, dicincang

Untuk Sayur Acar

  • ½ cawan Air
  • ½ cawan Cuka beras
  • ½ cawan Gula
  • 1 Lobak merah, dipotong panjang
  • 1 Timun Jepun, dipotong panjang
  • 1 Lobak putih, dipotong panjang
  • 1 Bawang merah, dihiris

Langkah-langkah

1

Untuk sediakan sayur acar. Campurkan air, cuka dan gula sehingga sebati. Masukkan sayur-sayuran dan simpan di dalam peti sejuk selama sehari.

2

Untuk sediakan ayam bakar, perap ayam dengan sos ikan, jus limau, gula Melaka, bawang putih dan serai selama 6 jam. Panaskan kuali dan panggang ayam sehingga masak.

3

Hiriskan ayam dan salut dengan Lady’s Choice Sapuan Ayam.

4

Untuk menghidang, belahkan roti Vietnam kepada dua dan sapukan Mayonis Sebenar Lady’s Choice di atas ia. Susunkan ayam panggang dan sayur acar ke atas. Akhirnya, taburkan daun ketumbar dan daun pudina.

Decorative Image

Tips nutrisi

  • Satu sudu besar Lady’s Choice Spread Ayam hanya mengandungi 45kcal. Minyak kacang soya yang mengandungi Omega 3 adalah ramuan utama dalam produk ini.
  • Sayur acar boleh digantikan dengan daun salad sebagai pilihan yang lebih sihat.
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.