Brownies Mentega Kacang Coklat

15minit
10 Hidangan
Ringkas - Easy
LC Peanut Butter Brownnies

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Lady's Choice Mentega Kacang Lapisan Coklat Susu

Set A

  • 100 g Tepung
  • 65 g Serbuk koko
  • 40 g Gula aising
  • ¼ sudu teh Serbuk penaik
  • ¼ sudu teh Garam

Set B

  • 60 g Mentega tanpa garam, dicairkan
  • 60 g Minyak masak
  • 3 biji telur
  • 250 g Gula
  • 2 sudu besar Air

Set C

Langkah-langkah

1

Ayak bahan-bahan A dan ketepikan. 

2

Seterusnya, pukul bahan-bahan B di dalam satu mangkuk yang lain sehingga warna menjadi pucat dan gebu. 

3

Untuk membuat adunan kek, campurkan campuran A dan B dan gaul sehingga rata. Seterusnya, masukkan bahan-bahan C dan gaul sehingga rata. 

4

Tuangkan adunan kek ke dalam tin kek 7×7 inci yang telak dilapiskan dengan kertas pembakar dan piapkan Lady’s Choice Mentega Kacang Lapisan Coklat Susu di atasnya. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160°C selama 30-35 minit. Setelah kek sudah masak, keluarkan dari ketuhar dan ketepikan untuk menjadi sejuk. 

5

Untuk hiasan, potong brownies kepada kepingan segi empat mengikut suka hati dan paipkan Lady’s Choice Mentega Kacang Lapisan Coklat Susu di atasnya, sedia dihidangkan. 

Exit mobile version