Bubur Lambuk Ayam dan Oat - Nak Makan Apa?

Bubur Lambuk Ayam dan Oat

Simpan ke kegemaran anda

30minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy
~270kcal/hidangan*

*Sumber Rujukan Pengiraan Nutrien: USDA, Data Komposisi Makanan Malaysia, Tenaga dan Komposisi Nutrien Makanan Singapura dan Label Produk.

Nak Makan Apa|April 13, 2021

Bahan-Bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Kiub Pati Ayam
Knorr Kiub Pati Ayam
Beli dalam talian
  • 180 g Dada ayam, dikisar
  • 2 cawan Oat cepat masak
  • 8 cawan Air
  • 2 cawan Jagung manis
  • 1 tangkai Serai, ditumbuk
  • 1 Kayu manis
  • 2 Bunga lawang
  • 1 Bawang besar, dighiris nipis
  • Daun bawang dan bawang goreng untuk hiasan

Tips nutrisi

Oat adalah makanan bijian penuh yang tinggi dalam serat. Pengambilan serat boleh membantu melegakan sembelit.

Langkah-Langkah

1

Masukkan air ke dalam periuk dan biar didih. Masukkan ayam, serai, kayu manis, bunga lawang dan bawang. Reneh selama 5 minit.

2

Masukkan jagung manis, Knorr Kiub Pati Ayam dan oat. Reneh selama 2-3 minit lagi.

3

Hias dengan daun bawang dan bawang goreng. Sedia dihidangkan.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.