Resipi Burger Ayam Rangup dengan Coleslaw - Nak Makan Apa?

Resipi Burger Ayam Rangup dengan Coleslaw

Simpan ke kegemaran anda

Apa jua umur anda, resepi Burger Ayam Rangup dengan Coleslaw ini pasti akan membuka selera dan menjadi kegemaran ramai, terutama sekali bagi anak - anak di rumah.

40minit
3 Hidangan
Sederhana - Medium
Nak Makan Apa|Ogos 5, 2020 Decorative Image

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Lady's Choice Sapuan Ayam
Lady's Choice Sapuan Ayam
Beli dalam talian
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Beli dalam talian
Decorative Image
  • 50 ml Minyak masak
  • 3 biji Roti burger
  • 3 keping Keju cheddar
  • 1 biji Tomato, dihiris
  • Segenggam daun salad

Untuk Patty Ayam

  • 300 g Daging ayam kisar
  • 3 sudu besar Serbuk roti
  • ½ sudu teh Campuran herba
  • ¼ sudu teh Serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh Sos Worchester
  • 40 g Serbuk roti untuk salut patty

Untuk Coleslaw

  • 60 g Kubis, dihiris
  • 20 g Lobak merah, dihiris
  • 1 sudu kecil Cuka
  • Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa

Langkah-langkah

1

Untuk sediakan patty ayam. Campurkan semua bahan untuk patty kecuali serbuk roti untuk salut patty sehingga sebati. Bahagikan campuran kepada 3 bahagian.

2

Bentukkan bulat kemudian leperkannya. Salutkan patty dengan serbuk roti dan goreng sehingga rangup dan masak sepenuhnya.

3

Untuk sediakan coleslaw, campurkan semua bahan untuk coleslaw sehingga sebati.

4

Untuk sediakan burger, bahagikan roti burger kepada dua dan goreng sehingga warna kuning keemasan. Sapukan Lady’s Choice Sapuan Ayam dan lapiskan daun salad, coleslaw, tomato, patty ayam rangup, keju cheddar dan akhirnya tutup dengan roti burger. Sedia dihidangkan.

Decorative Image
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.