Cara Berlauk - Nak Makan Apa?

Cara Berlauk

Save to your favorites

1h
6 Servings
Sederhana - Medium
Nak Makan Apa|May 14, 2021

Bahan-Bahan

Untuk bahan bahan adunan tepung

  • 1½ cawan tepung
  • 1 biji telur
  • ½ cawan Santan pekat
  • 2 cawan air
  • Pewarna makanan
  • 1 sudu kecil Garam

Untuk bahan bahan inti

  • Minyak masak
  • ½ biji Bawang Holland
  • 1 sudu besar Serbuk kari + air
  • (250 gram) Daging cincang
  • 1 kiub Pati Lembu Knorr
  • Gula
  • Cili Merah Untuk hiasan
  • Daun ketumbar Untuk hiasan

Langkah-Langkah

1

Cara penyediaan: 

Masukkan tepung gandum, telur, santan pekat, air, perwarna makanan dan dikisarkan sehingga sebati dan masukkan sedikit garam. Kemudian ketepikan.

2

Tumiskan bawang holland, masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dan tumis sehingga pecah minyak.

3

Masukkan daging cincang dan kacaukan sehingga sebati. Masukkan 1 kiub Pati Lembu Knorr dan gula sedikit.

4

Untuk acuan, sapukan dengan sedikit minyak dan panaskan terlebih dahulu. Setelah panas, masukkan adunan tepung dan bakar 3 – 4 minit.

5

Setelah separuh masak, letakkan inti tadi ke atas dan hiaskan dengan cili merah dan daun ketumbar.

6

Kemudian bakar didalam oven 150 darjah selama 15 minit. Pastikan guna api bawah sahaja.

7

Siap untuk dihidangkan.

Post saved to your favorites.
Post removed from favorites.