Bahan-bahan
Ingredients
-
24 helai Kulit wantan
-
140 g Epal merah, didadu
-
1 helai(80g) Timun Jepun saiz sederhana, dibuang biji dan didadu Minyak masak untuk sapuan
Chicken Filling
-
300 g Dada ayam
-
500 ml Air
-
1 tsp Serbuk lada sulah
-
2 nos Cili padi, dibuang biji dan dibelah dua Secubit garam
Sauce
-
12 sudu besar Hellmann's Triple Citrus
-
4 tangkai Dill, dicincang halus
-
½ sudu besar Jus limau
-
1 sudu besar Madu
Langkah-langkah
1
Sapu sedikit minyak pada kedua-dua permukaan setiap helai kulit wantan. Dengan menggunakan acuan muffin kecil, tekan sehelai kulit wantan ke dalam acuan untuk membentuk cawan wantan. Ulangi untuk semua kulit wantan dan kemudiannya bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160˚C selama 5-6 minit atau sehingga kuning keemasan. Keluar dan ketepikan.
2
Untuk inti ayam, didih air dan masukkan semua bahan-bahan. Rebus ayam sehingga masak sepenuhnya. Keluarkan ayam dari air dan potong menjadi ketulan kecil setelah sejuk.
3
Dalam mangkuk besar, masukkan ketulan ayam, epal, timun dan semua bahan-bahan untuk sos dan kacau sehingga sebati.
4
Untuk menghidang, isikan campuran ayam ke dalam cawan wantan dan hidangkan serta-merta.