Chicken Chop - Nak Makan Apa?

Chicken Chop

Simpan ke kegemaran anda

30minit
2 Hidangan
Sederhana - Medium
Nak Makan Apa|Mei 14, 2021
Decorative Image

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
kiub pati ayam
Knorr Kiub Pati Ayam
Beli dalam talian
Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
Beli dalam talian
Decorative Image

Untuk perapan ayam:

  • 2 keping Chicken Thighs
  • Tepung Gandum
  • 2 biji telur - pukul ringan
  • 70 gm breadcrumbs
  • Minyak masak secukupnya

Bahan perap:

Untuk Sos Lada Hitam:

  • 2 sudu besar mentega
  • 1 biji bawang besar Holland - potong dadu
  • 1½ sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 cawan air
  • 1½ sudu besar lada hitam kisar kasar
  • ½ sudu besar kicap pekat
  • Garam - jika perlu
Decorative Image

1

Perap ayam: 

Perap ayam dengan bahan perap selama 3 jam atau semalaman. Keluarkan dan lap kering dengan kertas tuala dapur. 

2

Tabur dengan tepung dan goncang untuk membuang lebihan tepung. Celup ke dalam telur dan golek ke dalam serbuk roti. 

3

Panaskan minyak dan goreng sehingga kedua-dua belah permukaan berwarna keperangan dan masak.

4

Sos lada Hitam:

Panaskan mentega dan tumis bawang besar sehingga naik bau. Masukkan tepung gandum. Kacau rata.

5

Masukkan kiub pati ayam, sos cili, sos tomato dan 2 cawan air.

6

Masukkan lada hitam dan kicap pekat. Kacau rata. Angkat dan masukkan ke dalam blender dan kisar halus.

7

Tuang semula sos yang dikisar ke dalam kuali dan kacau seketika sahaja kerana kuah akan menjadi pekat.

8

Angkat dan tutup api.

Tips nutrisi

  • Hidangkan chicken chop dengan sayur-sayuran yang disukai seperti daun salad, cherry tomato dan brokoli.
  • Masakan chicken chop dengan panggang atau bakar dalam ketuhar adalah pilihan yang lebih sihat kerana minyak yang digunakan adalah lebih kurang.
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.