Cucur Udang - Nak Makan Apa?

Cucur Udang

Simpan ke kegemaran anda

Cucur udang memang sedap. Resepi cucur udang Knorr yang rangup gebu dan mudah untuk dibuat di sini.

45minit
4 Hidangan
Ringkas
Nak Makan Apa|September 30, 2019

Bahan-bahan

Knorr All in One Seasoning
Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
Beli dalam talian
  • 200 gram tepung gandum berserbuk penaik
  • 1 cawan air
  • ½ bawang, dicincang
  • 1 cili merah, dihiris nipis
  • 3 pokok kucai, dipotong 1 inci panjang
  • ½ cawan kernel jagung, dimasak
  • 100 gram udang kecil, kulit dikupas
  • Minyak untuk menggoreng

Langkah-langkah

1

Campurkan tepung, Pasti Sedap Knorr dan air. Kacau sebati. Pastikan campuran tidak terlebih air.

2

Masukkan bawang, cili, kucai, kernel jagung dan gaul rata.

3

Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tuangkan bancuhan ke dalam sudip yang telah dipanaskan dan letakkan udang di atas bancuhan. Goreng di dalam minyak.

4

Goyang-goyangkan adunan cucur sehingga tertanggal dari sudip.

5

Goreng cucur sehingga kuning keemasan dan angkat untuk tos minyak.

6

Hidang panas.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.