Bahan-bahan
-
450 g Daging, dihiris nipis
-
1 sudu besar Serbuk kunyit
-
1 sudu teh Serbuk ketumbar
-
60 g Bawang kuning, dihiris
-
3 ulas Bawang putih, dicincang
-
85 g Kacang botol, dipotong serong
-
2 biji Cili merah, dihiris serong
-
2 sudu besar Minyak untuk menggoreng
Langkah-langkah
1
Perap daging dengan serbuk kunyit dan serbuk ketumbar semalaman.
2
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis daging sehingga empuk.
3
Kemudian, masukkan bawang kuning, bawang putih dan Knorr Kiub Pati Lembu. Kacau sehingga sebati.
4
AKhirnya, masukkan kacang botol dan cili merah, kacau sehingga sebati.
5
Angkat dan hidangkan panas.