Resipi Daging Salai Lemak Cili Api - Nak Makan Apa?

Daging Salai Lemak Cili Api

Simpan ke kegemaran anda

Kalau dah muak dengan ayam, apa kata cuba Daging Salai Cili Api Masak Lemak? Macam sedap je kan. Senang nak masak pula tu…

3jam 30minit
4 Hidangan
Sederhana
Nak Makan Apa|Mei 6, 2019

Bahan-bahan

Knorr Kiub Pati Lembu 6 Kiub 60g
Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Kiub Pati Lembu
Beli dalam talian

Untuk kuah pedas:

  • 17 cili padi merah
  • 3 bawang
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 serai
  • 2 sm kunyit muda
  • 2 cawan santan
  • 2 cawan air
  • 3 sudu besar minyak masak

Untuk daging salai:

  • 200 g daging
  • 2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu besar minyak

Langkah-langkah

1

Untuk daging salai, perap daging bersama semua bahan selama 3 jam.

 

2

Panaskan kuali, salaikan daging sehingga sekata tanpa minyak. Angkat dan biar selama 10 minit. Hiris daging salai nipis.

 

3

Untuk kuah pedas, lima bahan-bahan yang pertama ditumbuk kasar.

 

4

Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan-bahan tumbuk sehingga wangi.

 

5

Jerang air di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan bahan tumisan, daging salai dan santan. Reneh atas api perlahan sehingga daging empuk. Perasakan dengan garam.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.