Resipi Resipi Daging Salai Lemak Cili Api - Nak Makan Apa?

Resipi Daging Salai Lemak Cili Api

Simpan ke kegemaran anda

Kalau dah muak dengan ayam, apa kata cuba Daging Salai Cili Api Masak Lemak? Macam sedap je kan. Senang nak masak pula tu…

3jam 30minit
4 Hidangan
Sederhana - Medium
~500kcal/hidangan*

*Sumber Rujukan Pengiraan Nutrien: USDA, Data Komposisi Makanan Malaysia, Tenaga dan Komposisi Nutrien Makanan Singapura dan Label Produk.

Nak Makan Apa|Mei 6, 2019 Decorative Image

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Kiub Pati Lembu (6 Kiub 60g)
Knorr Kiub Pati Lembu (6 Kiub 60g)
Beli dalam talian
Decorative Image

Untuk kuah pedas:

Untuk daging salai:

  • 200 g daging
  • 2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu besar minyak

Langkah-langkah

1

Untuk daging salai, perap daging bersama semua bahan selama 3 jam.

 

2

Panaskan kuali, salaikan daging sehingga sekata tanpa minyak. Angkat dan biar selama 10 minit. Hiris daging salai nipis.

 

3

Untuk kuah pedas, lima bahan-bahan yang pertama ditumbuk kasar.

 

4

Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan-bahan tumbuk sehingga wangi.

 

5

Jerang air di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan bahan tumisan, daging salai dan santan. Reneh atas api perlahan sehingga daging empuk. Perasakan dengan garam.

Decorative Image

Tips nutrisi

Satu hidangan menyediakan sekitar 15g protein (30% daripada nilai rujukan nutrien). Protein membantu membina dan memperbaiki tisu badan. Protein juga penting untuk pertumbuhan dan perkembangan.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.