Gyoza Cendawan dalam Sup Sayuran - Nak Makan Apa?

Gyoza Cendawan dalam Sup Sayuran

Simpan ke kegemaran anda

10minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy
NMA Team|April 3, 2022

Bahan-Bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Kiub Pati Sayuran (6 Kiub 60g)
Beli dalam talian
  • 16 keping Kulit gyoza

Untuk inti gyoza:

  • 80 g Cendawan shitake, diparut halus
  • 120 g Kubis, dihiris halus
  • 30 g Lobak merah, didadu halus
  • 100 g Buah pear, didadu halus
  • 2 tangkai Daun ketumbar
  • ¼ sudu teh Serbuk lada sulah
  • 1 sudu besar Minyak bijan
  • 2 sudu besar Kicap cair

Untuk sup:

Langkah-Langkah

1

Di dalam mangkuk besar, masukkan semua bahan-bahan untuk inti gyoza dan campur sehingga sebati.

2

Ambil sesudu kecil inti gyoza dan letakkan di bahagian tengah kulit gyoza, basahkan sedikit bahagian tepi dan lipat. Tekan sedikit di bahagian tepinya untuk kelim dengan kemas. Ulangi langkah dengan kulit gyoza yang lain dan sehingga habis. Ketepikan.

3

Didihkan air di dalam periuk, masukkan gyoza dengan perlahan ke dalam air. Sebaik sahaja gyoza menghanyut ke permukaan air keluarkannya dari periuk.

4

Untuk sup, didihkan air di dalam periuk. Masukkan Knorr Kiub Pati Sayuran dan biarkannya melarut, kemudian masukkan lobak merah dan bok choy. Biar mendidih.

5

Akhirnya, masukkan cendawan enoki dan gyoza yang sudah dimasak. Padamkan api dan hidangkan panas.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.