Ikan Kukus Tom Yam - Nak Makan Apa?

Ikan Kukus Tom Yam

Simpan ke kegemaran anda

40minit
5 Hidangan
Sederhana - Medium
Nak Makan Apa|Mei 16, 2021
Decorative Image

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
kiub pati tomyum
Knorr Kiub Pati Tom Yam
Beli dalam talian
Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
Beli dalam talian
Decorative Image

Untuk bahan kisar

  • 2 biji cili merah-buang biji
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

Untuk bahan untuk kukus

  • 2 batang serai-hiris serong
  • 2 inci lengkuas-ketuk
  • 2 biji buah tomato-potong
  • 1 biji bawang besar Holland -hiris nipis
  • ½ batang saderi
  • 2 labu bawang putih jeruk

Untuk bahan hiasan

  • 2-3 biji cili padi - potong
  • 1 biji nipis - hiris nipis
  • Daun ketumbar
Decorative Image

1

Ikan dikelar dan dilumur dengan Serbuk All-in-one Knorr selama 30 minit-1 jam.

2

Di atas kuali, tuang besar minyak masak dan tumis bahan kisar bersama daun limau purut hingga naik baunya.

3

Tuangkan air secukupnya dan masukkan lengkuas, serai, kiub pati Tom Yam Knorr dan serbuk limau nipis.

4

Letak Ikan Siakap di dalam bekas tahan panas Tuang bahan tumis tadi ke atas ikan. Masukkan bawang besar, buah tomato, batang saderi dan bawang putih jeruk.

5

Tabur sedikit Knorr Pasti Sedap, jika suka.

6

Kukus dengan suhu tinggi selama 20-25 minit atau sehingga ikan masak sempurna.

7

Akhir sekali, susun hirisan limau, tabur cili padi.

Tips nutrisi

  • Ikan adalah sumber protein. Protein penting untuk pertumbuhan dan perkembangan. Selain itu, protein juga membantu membina dan memperbaiki tisu badan.
  • Tomato mengandungi beberapa nutrient seperti vitamin C. Vitamin C menyumbang bagi penyerapan zat besi dari makanan.
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.