Ikan Masak Ampap

30minit
2 Hidangan
Ringkas - Easy

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu

Untuk bahan bahan

  • 1 biji Bawang besar
  • 2 ulas Bawang putih
  • ½ inci Kunyit hidup
  • ½ inci halia
  • 5-6 tangkai Cili padi
  • Minyak masak
  • 1 batang serai
  • Air
  • 2 ekor Ikan Kembung
  • Mangga muda masam

Langkah-langkah

1

Cara penyediaan: 

Tumbukkan bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, sedikit halia & cili padi sehingga lumat. 

2

Panaskan minyak dan masukkan bahan ditumbuk. Masukkan sebatang serai dan ditumis sehingga naik bau dan sedikit garing.

3

Masukkan serbuk Knorr Pasti Sedap dan sedikit air.

4

Masukkan ikan yang dicuci bersih dan mangga muda masam.

5

Biarkan sehingga ikan masak dan kuah yang pekat.

6

Siap untuk dihidangkan.

Exit mobile version