Kari Ayam - Nak Makan Apa?

Kari Ayam

Simpan ke kegemaran anda

Tak tahu nak masak apa? Cubalah Resipi Kari Ayam Knorr ini tentu tidak akan mengecewakan. Cara memasak pun mudah saje...

35minit
4 Hidangan
Ringkas
Nak Makan Apa|Oktober 3, 2019

Bahan-bahan

  • 200 gram bawang merah, dihiris
  • 60 gram bawang putih
  • 40 gram halia, dihiris
  • ½ ayam, dipotong kecil
  • 1 tangkai daun kari
  • 6 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 2 sm kulit kayu manis
  • 1 Kiub Pati Ayam Knorr
  • 500 ml air
  • 3 ubi kentang, dipotong kecil
  • 100 ml santan
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Garam secukup

Langkah-langkah

1

Bawang merah, bawang putih dan halia dikisar sehingga halus.

2

Panaskan minyak masak di dalam kuali, tumis pes sehingga naik bau.

3

Masukkan ayam dan daun kari. Gaul rata.

4

Masukkan serbuk kari, serbuk cili dan kulit kayu manis. Gaul rata.

5

Masukkan air, Kiub Pati Ayam Knorr dan ubi kentang. Masak sehingga ubi kentang empuk.

6

Masukkan santan dan perisakan secukup rasa.

7

Hidang panas.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.