Resipi Kari Ayam - Nak Makan Apa?

Resipi Kari Ayam

Simpan ke kegemaran anda

Tak tahu nak masak apa? Cubalah Resipi Kari Ayam Knorr ini tentu tidak akan mengecewakan. Cara memasak pun mudah saje...

35minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy
~470kcal/ hidangan*

*Sumber Rujukan Pengiraan Nutrien: USDA, Data Komposisi Makanan Malaysia, Tenaga dan Komposisi Nutrien Makanan Singapura dan Label Produk.

Nak Makan Apa|Oktober 3, 2019 Decorative Image

Bahan-bahan

  • 200 gram bawang merah, dihiris
  • 60 gram bawang putih
  • 40 gram halia, dihiris
  • ½ ayam, dipotong kecil
  • 1 tangkai daun kari
  • 6 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 2 sm kulit kayu manis
  • 1 Kiub Pati Ayam Knorr
  • 500 ml air
  • 3 ubi kentang, dipotong kecil
  • 100 ml santan
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Garam secukup

Langkah-langkah

1

Bawang merah, bawang putih dan halia dikisar sehingga halus.

2

Panaskan minyak masak di dalam kuali, tumis pes sehingga naik bau.

3

Masukkan ayam dan daun kari. Gaul rata.

4

Masukkan serbuk kari, serbuk cili dan kulit kayu manis. Gaul rata.

5

Masukkan air, Kiub Pati Ayam Knorr dan ubi kentang. Masak sehingga ubi kentang empuk.

6

Masukkan santan dan perisakan secukup rasa.

7

Hidang panas.

Decorative Image

Tips nutrisi

Gantikan santan dengan yoghurt asli. Yoghurt mengandungi lebih nutrisi seperti kalsium; dan lebih kurang lemak tepu.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.