Kari Daging dengan Ketupat Palas - Nak Makan Apa?

Kari Daging dengan Ketupat Palas

Simpan ke kegemaran anda

1jam 30minit
6 Hidangan
Ringkas - Easy
NMA Team|April 3, 2022

Bahan-Bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Kiub Pati Lembu (6 Kiub 60g)
Knorr Kiub Pati Lembu (6 Kiub 60g)
Beli dalam talian
  • 800 g Daging
  • 5 sudu besar Serbuk kari daging
  • 2 cawan Santan lemak rendah

Bahan-bahan tumis:

  • 180 g Bawang besar
  • 20 g Bawang putih
  • 10 g Halia
  • 1 batang Kayu manis
  • 3 biji Bunga lawang
  • 2 batang Serai
  • 3 - 4 helai Daun pandan
  • 6 tangkai Daun kari
  • 1 cawan Minyak masak
  • 5 cawan Air
  • 350 g Ubi kentang
  • 1 keping Asam jawa
  • 1 sudu besar Kerisik
  • 1 paket Ketupat palas, masak mengikut arahan pada paket

Langkah-Langkah

1

Perap daging dengan serbuk kari daging dan santan selama 30 minit.

2

Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan tumis sehingga wangi.

3

Masukkan daging dan kacau sehingga sebati. Kemudian, masukkan separuh air dan biar menreneh. Reneh sehingga dagaing empuk dan kacau sekali-sekala.

4

Masukkan separuh air yang selebihnya, ubi kentang, asam jawa dan kacau sehingga sebati. Akhirnya, masukkan kerisik dan Knor Kiub Pati Lembu. Kacau sehingga sebati dan masak sehingga ubi kentang empuk.

5

Angkat dan hidangkan dengan ketupat palas.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.