Resepi Kari Daging Ketupat Palas yang Lazat - Nak Makan Apa?

Resepi Kari Daging Ketupat Palas

Simpan ke kegemaran anda

1jam 30minit
6 Hidangan
Ringkas - Easy
NMA Team|April 3, 2022
Decorative Image

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Kiub Pati Lembu (6 Kiub 60g)
Knorr Kiub Pati Lembu (6 Kiub 60g)
Beli dalam talian
Decorative Image
  • 800 g Daging
  • 5 sudu besar Serbuk kari daging
  • 2 cawan Santan lemak rendah

Bahan-bahan tumis:

  • 180 g Bawang besar
  • 20 g Bawang putih
  • 10 g Halia
  • 1 batang Kayu manis
  • 3 biji Bunga lawang
  • 2 batang Serai
  • 3 - 4 helai Daun pandan
  • 6 tangkai Daun kari
  • 1 cawan Minyak masak
  • 5 cawan Air
  • 350 g Ubi kentang
  • 1 keping Asam jawa
  • 1 sudu besar Kerisik
  • 1 paket Ketupat palas, masak mengikut arahan pada paket
Decorative Image

1
Perapkan daging dengan serbuk kari daging dan santan selama 30 minit.
2
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan tumisan sehingga wangi.
3
Masukkan daging dan kacau sehingga sebati. Kemudian, masukkan separuh air dan biarkan ia mereneh. Reneh sehingga daging empuk dan masukkan ubi kentang, kacau sekali-sekala.
4
Angkat dan hidangkan kari daging simple ini bersama dengan ketupat daun palas.
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.