Kari Lentil dengan Roti Naan - Nak Makan Apa?

Kari Lentil dengan Roti Naan

Simpan ke kegemaran anda

20minit
6 Hidangan
Ringkas - Easy
Nak Makan Apa|Ogos 20, 2022 Decorative Image

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
kiub pati sayuran
Knorr Kiub Pati Sayuran (6 Kiub 60g)
Beli dalam talian
Decorative Image

Ingredients

  • 3 sudu besar Minyak sapi
  • 250 g Bawang besar, didadu halus
  • 30 g pes Halia
  • 30 g Bawang putih
  • 2 nos Cili hijau, dicincang kasar
  • 150 g Tomato, didadu
  • 5 tangkai Daun ketumbar, dicincang kasar
  • ½ sudu teh Garam masala
  • 1 sudu teh Serbuk jintan
  • 1 sudu teh Serbuk kunyit
  • 1 sudu teh Serbuk cili
  • 2 cawan Air
  • 1 cawan Santan
  • 1 tin Kacang lentil, dibilas dan ditoskan
  • 1 tin Kacang merah, dibilas dan ditoskan
  • 1 tin Kacang kuda, dibilas dan ditoskan
  • 1 tin Kacang parang, dibilas dan ditoskan
  • 6 keping Roti Naan

Langkah-langkah

1

Panaskan minyak sapi di dalam kuali dan tumis bawang besar, halia, bawang putih, cili hijau, tomato dan daun ketumbar sehingga empuk dan wangi. Kemudiannya, masukkan rempah ratus yang lain dan kacau sehingga sebati.  

2

Seterusnya, masukkan air dan santan. Biar mendidih dengan api rendah. 

3

Akhirnya, masukkan semua kekacang dan Knorr Kiub Pati Sayuran. Reneh selama 5 minit. Angkat dan hidangkan bersama roti naan. 

Decorative Image
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.