Resipi Karipap Inti Sardin Mayo - Nak Makan Apa?

Karipap Inti Sardin Mayo

Simpan ke kegemaran anda

Siapalah yang tak suka karipap? Lagi-lagi kalau ia karipap sardin... best nia...

45minit
20 Hidangan
Sederhana
Nak Makan Apa|Ogos 22, 2019

Bahan-bahan

Lady's Choice Mayonis Sebenar
Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Beli dalam talian

Untuk doh

  • 850 g tepung gandum
  • 100 g tepung beras
  • 100 g tepung ubi
  • 130 g margarin
  • 100 g minyak
  • 2 sudu teh garam
  • 2 cawan air sejuk

Untuk inti

  • 2 tin sardin dengan sos tomato, ikan dilenyek
  • 3 kentang, dipotong dadu
  • 2 bawang, dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih, dicincang
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • Air secukupnya
  • ½ sudu besar minyak
  • 2 telur, dipukul
  • pes asam jawa, garam dan gula secukupnya
  • minyak untuk menggoreng

Langkah-langkah

1

Panaskan margarin dan minyak sehingga berbuih.

 

2

Campurkan tepung gandum, tepung beras dan tepung ubi. Masukkan campuran margarin ke dalam dan gaul hingga sebati.

3

Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.

4

Ketepikan selama 15 minit.

 

5

Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih hingga naik bau.

 

6

Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing.

 

7

Masukkan ikan sardin, kentang, bawang dan air. Kacau sebati dan masak sehingga empuk.

8

Masukkan telur dan asam jawa. Perisakan dengan garam dan gula.

 

9

Masak sehingga kering dan biar sejuk. Gaul sebati dengan Mayonis Sebenar Lady’s Choice.

 

10

Canaikan doh. 

 

11

Masukkan inti dan kelim karipap ikut cara yang anda sukai.

 

12

Goreng dengan api sederhana sehingga keemasan. 

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.