Bahan-bahan
-
stik pek
-
80 g Mentega
-
60 g Gula
-
2 biji Telur
-
100 g Tepung kek
-
¾ sudu teh Serbuk penaik
-
30 ml Susu
Untuk topping
-
100 g Whipping cream
-
2 stik pek
Langkah-langkah
Ayak tepung bersama serbk penaik. Kemudian masukkan Lipton Matcha Green Tea Latte dan gaul sehingga sebati. Ketepikan.
Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan campuran tepung dan susu. Kaup balik sehingga sebati.
Tuang adunan ke dalam tin kek dan bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160˚C selama 35-40 minit. Biar sejuk.
Untuk topping, pukul krim sehinnga kembang dan masukkan Lipton Matcha Green Tea Latte dan gaul sehingga sebati.
Untuk menghias, sapukan krim ke atas kek dan biarkan di dalam peti sejuk selama 2-3 jam supaya kek benar-benar sejuk untuk dikeluarkan dari tin kek. Potong kek mengikut saiz yang dikehendaki dan hiaskan dengan strawberi.