Kepak Ayam Goreng Tom Yam

40minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy
TomYam Fried Chicken with salad

TomYam Fried Chicken with salad

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Pes Tom Yam

Untuk kepak ayam

  • 800 g Kepak ayam
  • 2 sudu besar Knorr Pes Tom Yam
  • 1 sudu besar Minyak bijan
  • 2 Putih telur
  • 1 sudu teh Gula perang
  • 2 sudu teh Tepung ubi kentang (Gaul sebati)
  • 2 sudu besar Tepung gandum (Gaul sebati)
  • Minyak masak untuk menggoreng

Untuk salad timun dan tomato

  • 260 g Timun, dihiris kasar
  • 160 g Tomato, dihiris kasar
  • 20 g Bawang merah, dihiris nipis
  • 1 tangkai Dill
  • 4 sudu besar Minyak zaitun
  • Secubit serbuk lada hitam

Langkah-langkah

1

Untuk salad, campurkan semua bahan-bahan sehingga sebati dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 30-45 minit.

2

Perap kepak ayam dengam Knorr Pes Tom Yam, minyak bijan, putih telur dan gula perang selama 30 minit.

3

Panaskan minyak di dalam kuali. Salutkan kepak ayam dengan campuran tepung dan goreng sehingga perang keemasan. Hidangkan panas dengan salad timun dan tomato.

Exit mobile version