Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api yang Mudah - Nak Makan Apa?

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api

Simpan ke kegemaran anda

Resepi Ketam Masak Cili Api yang pasti akan meransangkan deria rasa anda dan mudah dibuat.

25minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy
210kcal
Nak Makan Apa|Ogos 7, 2020 Decorative Image

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
kiub pati ikan bilis
Knorr Kiub Pati Ikan Bilis
Beli dalam talian
Decorative Image
  • 5 ekor Ketam bunga, dibersihkan dan tos
  • 150 ml Santan
  • 1 batang Serai, diketuk
  • 1 keping Asam jawa
  • 1 Daun kunyit, dihiris
  • ¼ sudu teh Gula

Bahan Kisar

  • 5 biji Cili padi
  • 5 biji Bawang merah
  • 3 ulas Bawang putih
  • 1 inci Kunyit segar
  • ½ cawan Air

Langkah-langkah

1

Masukkan bahan kisar dan air ke dalam periuk lalu biarkan ia mendidih.

2

Kemudian, masukkan santan dan kacau sehingga sebati. Masukkan ketam dan bahan yang lain. Perisakan dengan Knorr Kiub Pati Ikan Bilis.

3

Masak selama 7-9 minit dan gulai lemak ketam siap untuk dihidangkan.

4

Cara siang ketam yang mudah:

Terbalikkan badan ketam dan pisahkan bahagian berbentuk segi tiga di bawahnya. Tarik dan pisahkan daripada badan ketam.

5

Buang insang yang lembut seperti plastik yang terletak di bahagian kiri dan kanan badan ketam, kemudian cuci bersih segala kotoran yang melekat padanya. Bersihkan juga lendir di bawah tengah ketam.

6

Potong semua hujung yang tajam pada bahagian kaki ketam.

7

Buang cengkerang dan potong ketam kepada dua bahagian.

8

Potong bahagian mulut dan buang insang.

9

Cuci dan bersihkan semua kotoran.

Decorative Image

Tips nutrisi

  • Ketam adalah sumber protein, zink dan folat. Folat berperanan dalam pembentukan sel darah merah.
  • Hidangkan lauk ini dengan sayur goreng rangup
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.