Krim Puf Horlicks - Nak Makan Apa?

Krim Puf Horlicks

Simpan ke kegemaran anda

2jam
4 Hidangan
Sukar - Hard
Nak Makan Apa|Januari 6, 2023 Decorative Image

Cream puffs are a delicious pastry to have for afternoon tea. Try making some with nutritious Horlicks.

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Horlic Original
Horlicks Original
Decorative Image

Kulit Krim Puff:

  • 100 g Mentega
  • 250 g Air
  • 5 g Garam
  • 150 g Tepung
  • 8 g Serbuk Penaik
  • 3 pcs Telur
  • 2 pcs Telur Kuning

Inti Kastad:

  • 60 g Serbuk Kastad Segera
  • 400 ml Susu Segar
  • 250 g Krim Putar

Hiasan Atas:

Langkah-langkah

1

Kulit Krim Puff: Didihkan air, masukkan mentega dan garam sekali.

2

Kemudian masukkan tepung, serbuk horlicks, serbuk penaik dan kacau sebati sehingga menjadi adunan yang kental.

3

Biarkan adunan tadi sedikit sejuk. Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit, sehingga semuanya sebati.

4

Masukkan adunan tadi ke dalam bag pastri dengan muncungnya. Paipkan keatas dulang pembakar mengikut saiz yang dikehendaki.

5

Gunakan jari menyapu sedikit pada adunan supaya kelihatan lebih licin.

6

Hiasan Atas: Sebatikan mentega, serbuk Horlicks, gula perang dan tepung sehingga menjadi doh. Sejukkan doh dalam 30 minit.

7

Ratakan doh kepada 2mm ketebalannya dan guna pemotong bulat untuk memotong doh tersebut menjadi kepingan yang nipis.

8

Letakkan kepingan yang nipis itu di atas kulit krim puff tersebut.

9

Bakar sehingga 30-35 minit pada suhu 175°C.

10

Inti Kastad: Campurkan dan kacau serbuk kastad segera, serbuk horlicks dan susu segar sehingga pekat.

11

Pukul krim putar sehingga separuh kental. Kemudian gaulkan dengan kastad tadi.

12

Masukkan kastad ke dalam beg pastri. Paipkan ia kedalam kulit krim puff itu.

13

Sejukkan krim puff tersebut sehingga 1-2 jam sebelum di hidangkan.

Decorative Image
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.