Kuey Teow Sup Ayam - Nak Makan Apa?

Kuey Teow Sup Ayam

Simpan ke kegemaran anda

Mudah, ringkas dan cepat. Boleh campak semua ramuan dan tunggu sampai sup ayam masak…

40minit
5 Hidangan
Ringkas
~380kcal

*Sumber Rujukan Pengiraan Nutrien: USDA, Data Komposisi Makanan Malaysia, Tenaga dan Komposisi Nutrien Makanan Singapura dan Label Produk.

Nak Makan Apa|Mei 5, 2019

Bahan-bahan

Knorr Kiub Pati Ayam
Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Kiub Pati Ayam
Beli dalam talian
  • 2 L air
  • 6 ulas bawang putih, dicincang
  • 500 g daging ayam dada tanpa kulit, sapu dengan ½ sudu teh garam
  • 100 g udang kecil
  • 3 keping kek ikan, dihiris
  • 100 g taugeh, dicelur
  • 500 kuey teow
  • lada sulah secukup rasa

Untuk hidangan:

  • 2 tangkai daun bawang, dihiris nipis
  • 7 ulas bawang putih, dicincang dan digoreng
  • 4 cili padi, dihiris nipis
  • kicap masin
  • minyak bijan

Tips nutrisi

  • Ayam, udang dan kek ikan mengandungi protein. Protein membantu membina dan memperbaiki tisu badan. Protein juga penting untuk pertumbuhan dan perkembangan.
  • Anda boleh menggantikan taugeh dengan taugeh alfafa atau cendawan enoki.

Langkah-langkah

1

Didihkan air di dalam periuk besar, masukkan Kuib Pati Ayam Knorr, daging ayam dan bawang putih. Reneh selama 15-20 minit atas api perlahan.

 

2

Keluarkan daging ayam dari sup dan biarkan sejuk. Siat halus.

 

3

Masukkan kek ikan dan udang. Celur selama 3 minit atau sehingga udang masak. Perasakan dengan lada sulah. Keluarkan udang dan biar sejuk. Buang kepala dan kulit.

 

4

Untuk hidangan, masukkan kuey teow ke dalam mangkuk, letakkan hirisan daging ayam, kek ikan, taugeh dan udang di atas kuey teow.

 

5

Tuangkan sup ke atas kuey teow, tabur daun bawang dan minyak bijan ke atas kuey teow sup.

 

6

Hidang panas bersama cili padi dan kicap masin.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.