Bahan-bahan
-
2 L air
-
6 ulas bawang putih, dicincang
-
500 g daging ayam dada tanpa kulit, sapu dengan ½ sudu teh garam
-
100 g udang kecil
-
3 keping kek ikan, dihiris
-
100 g taugeh, dicelur
-
500 kuey teow
-
lada sulah secukup rasa
Untuk hidangan:
-
2 tangkai daun bawang, dihiris nipis
-
7 ulas bawang putih, dicincang dan digoreng
-
4 cili padi, dihiris nipis
-
kicap masin
-
minyak bijan
Langkah-langkah
1
Didihkan air di dalam periuk besar, masukkan Kuib Pati Ayam Knorr, daging ayam dan bawang putih. Renehkan selama 15-20 minit dengan api perlahan.
2
Keluarkan daging ayam dan biarkan sejuk. Carik halus daging ayam tersebut.
3
Masukkan kek ikan dan udang ke dalam sup. Celurkan udang selama 3 minit ataus sehingga ia masak. Perasakan dengan lada sulah dan garam. Keluarkan udang dan biarkan sejuk. Kemudian, buangkan kepala dan kulit udang.
4
Untuk menghidangkannya, masukkan kuey teow ke dalam mangkuk, letakkan hirisan daging ayam, kek ikan, taugeh, dan udang.
5
Tuangkan sup ke dalam mangkuk berisi kuey teow. Taburkan daun bawang dan minyak bijan ke atasnya.
6
Hidangkan panas bersama dengan cili padi dan kicap manis.
7
Jika anda sukakan rasa yang lebih pedas, anda boleh tambahkan cili potong ke dalam sajian kuey teow tersebut.