Laksam - Nak Makan Apa?

Laksam

Save to your favorites

1h 20min
6 Servings
Sukar - Hard
Nak Makan Apa|May 14, 2021

Bahan-Bahan

Needed for this recipe:
Knorr Kiub Pati Ikan Bilis 6 Kiub 60g
Knorr Kiub Pati Ikan Bilis
Buy online

Untuk Kuih Laksam

  • 1 adunan menghasilkan
  • 2 cawan
  • 3½ cawan
  • 6 gulung laksam
  • Tepung beras
  • Air

Kuah laksam

  • ½ kg Ikan kembung - rebus dengan 2 keping asam keping dan 1 sudu besar garam
  • 1 kotak (200 ml) Santan
  • ½ sudu besar Lada hitam ditumbuk kasar
  • 2 keping Asam keping
  • 1 susu besar gula
  • ½ sudu besar Garam
  • 800 ml Air - ikut kepekatan kuah

Bahan kisar

  • 5 biji Bawang merah
  • ½ inci Halia rebus

Untuk sambal

  • Cili kering direbus
  • 1 /s sudu kecil garam

Untuk Ulam ulaman

  • Kubis
  • Kacang panjang
  • Timun
  • Bunga kantan

Langkah-Langkah

1

Kuih Laksam: 

Satukan tepung dan air dan kacau dengan whisk. Adunan mestilah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Jika suka, boleh tapis bagi memastikan tiada tepung yang berketul.

2

Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Masukkan tudung periuk atau pinggan plastik tahan panas yang telah dilenser minyak, ke dalam periuk pengukus.

3

Kacau adunan supaya tidak mendap. Tuang 2 senduk adunan ke atas tudung periuk. Tutup pengukus dan biarkan dalam 3-4 minit sehingga ianya kelihatan sedikit menggelembung. Jangan sehingga menggelembung banyak kerana ianya akan melekat. Laksam tidak boleh terlalu tebal kerana akan pecah semasa digulung.

4

Angkat dan dengan menggunakan garfu, cungkil sedikit dan gulung laksam sambil ditolak tolak sehingga bergulung dan akhirnya tolak ke dalam bekas tanpa perlu menyentuh dengan tangan.

5

Setelah sejuk, boleh dipotong atau digunting kuih laksam. Hidangkan dengan kuah laksam, ulam ulaman dan sambal.

 

Nota: Lenser minyak untuk kali pertama sahaja. Untuk seterusnya, tak perlu lagi lenser minyak. Ulang dan buat sehingga habis.

6

Kuah Laksam: 

Diasingkan tulang dan isi. Kisar isi ikan dengan santan. Tuang ke dalam periuk.

7

Tulang dan kepala ikan dikisar bersama air dan ditapis untuk mengambil airnya.

8

Tuangkan bahan kisar, asam keping dan air secukupnya. Kacau rata.

9

Masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Sentiasa dikacau supaya kuah tidak berketul. Masukkan kiub pati ikan bilis Knorr, lada hitam, garam dan gula.

10

Sesuaikan rasa dan boleh ditutup api. Selepas tutup api, terus dikacau beberapa minit.

 

Nota: Jika kuah kelihatan pekat, tambah air panas.

11

Sambal: 

Rebus terdahulu cili kering.

12

Tumbuk cili dan garam sehingga hancur.

Nota: Perlu lebihkan garam.

Post saved to your favorites.
Post removed from favorites.